Sajak Panglima
Tajuk : Melayu
Melayu itu orang yang bijaksana 
Nakalnya bersulam jenaka 
Budi bahasanya tidak terkira 
Kurang ajarnya tetap santun 
Jika menipu pun masih bersopan 
Bila mengampu bijak beralas tangan. 
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya: 
Jawa itu Melayu, 
Bugis itu Melayu 
Banjar juga disebut Melayu, 
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu, 
Jakun dan Sakai asli Melayu, 
Arab dan Pakistani, semua Melayu 
Mamak dan Malbari serap ke Melayu 
Malah mua’alaf bertakrif Melayu.
Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan 
Melorongkan jalur sejarah zaman
 Begitu luas daerah sempadan 
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya 
Kias kata bidal pusaka 
Akar budi bersulamkan daya 
Gedung akal laut bicara 
Malangnya Melayu itu kuat bersorak 
Terlalu ghairah pesta temasya 
Sedangkan kampung telah tergadai 
Sawah sejalur tinggal sejengkal tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga 
Tangan masih memegang tali 
Sedang orang mencapai timba. 
Berbuahlah pisang tiga kali Melayu itu masih bermimpi 
Walaupun sudah mengenal universiti
 Masih berdagang di rumah sendiri. 
Berkelahi cara Melayu Menikam dengan pantun Menyanggah dengan senyum 
Marahnya dengan diam Merendah bukan menyembah Meninggi bukan melonjak. 
Watak Melayu menolak permusuhan Setia dan sabar tiada sempadan 
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing 
Tak dapat tanduk telinga dijinjing 
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan 
Berdamai cara Melayu indah sekali Silaturrahim hati yang murni 
Maaf diungkap senantiasa bersahut 
Tangan diulur sentiasa bersambut 
Luka pun tidak lagi berparut 
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan 
Selagi yang ada sanggup diberikan 
Sehingga tercipta sebuah kiasan: “Dagang lalu nasi ditanakkan Suami pulang lapar tak makan Kera di hutan disusu-susukan Anak di pangkuan mati kebuluran”
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu 
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang Jika pantang menghalang kemajuan; 
Jangan segan menentang larangan Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan Jika percaya kepada keadilan 
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba 
Memiliki ekonomi mencipta budaya 
Menjadi tuan di negara Merdeka. 
( Usman Awang)  
copy @panglima perang cyber by add
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
bukan melayu yang akan ditanya diakhirat kelak tapi amal dan sumbangan kita terhadap agama-Nya ketika di dunia...
pesanan tulus ikhlas drp pendokong gerakan Islam, Parti Islam Se-Malaysi (PAS).
Ni ayat nik aziz je ni....masa prk p36 lalu. tetapi sdr mesti menhhayati kata -kata imam shafei, sekiranya ingin berjaya didunia dan diakhirat carilah ilmu.... bukan berpolitik ala PAS. UMNO mendokong melayu termasuk kaum PAS.
ye la ala umno tu dengan menghalalkan kedai arak, kedai judi(genting dan 4ekor), disko2?
nak bagitau org umno membolehkan maksiat dan agama boleh jalan serentak?
mana yg Allah akan tanya masa kat akhirat kelak? bukan amalan dan tanggungjawab sebagai org Islam?
kenapa umno tak berusaha sebagai pendokong Islam menutup Genting?
saudara add tak nampak ker dengan perbuatan2 yang menyalahi agama di Malaysia ni atau berpura2 tak nampak?
cuba la saudara add fikir dari segi tuntutan kita kepada Allah.
Memang dunia nak seiring dengan akhirat. tapi takkan tak nampak maksiat yang kian menjadi semua ni.
e-kamus,
Apakah semua kedai judi di PERAK sudah ditutup sejak mac 8 yang lalu?
Post a Comment