Monday, April 27, 2009

HAPRAKAH???

Jika dibaca dan dihalusi setiap keluaran Harakah kebanyakan berita yang dimuatkan adalah mengenai UMNO dan BN. Cerita yang memperburuk-burukkan pimpinan UMNO dan BN. Pada hal sebagai lidah rasmi PAS, Harakah sewajarnyalah banyak memuatkan berita-berita berkaitan Mesyuarat Tahunan PAS yang sedang berlangsung sekarang ini.
Utusan Malaysia yang dianggap sebagai akhbar UMNO pula tidak sedemikian. Semasa persidangan agung UMNO berita rasuah politik kerap ditonjolkan hinggalah UMNO dibenci yang dipaparkan oleh Utusan Malaysia. Harakah tidak seperti Utusan Malaysia. Harakah jauh lebih baik dalam memperburukkan pemimpin UMNO dan BN. Harakah juga lebih baik dalam memuji -muji dan memuja-muja kepimpinan PAS. Tiada satu pun kecacatan dan kelemahan didedahkan oleh Harakah. Walaupun ada sekelompok perwakilan bertindak keluar dari Mesyuarat Agung Tahunan PAS semalam tetapi cerita sedemikian diharam terbitkan. Ada perebutan yang sengit dalam pemilihan pucuk kepimpinan PAS tetapi kisah itu tersimpan dalam ingatan mereka semata-mata. Haram diterbitkan oleh Harakah cerita-cerita yang boleh menjejaskan nama baik Parti Islam SeMalaysia.
Lihat dan bacalah setiap keluaran akhbar Harakah. Hanya 10 - 20% berita yang memuatkan hal kepimpinan PAS dan 80 - 90% pula memuatkan cerita memperburukkan kepimpinan UMNO dan BN. Harakah adalah media utama PAS yang sebenarnya mampu menggugatkan pengaruh UMNO dan BN. Lidah rasmi PAS yang tiada pantang larang dan tidak ambil kisah dengan dosa pahala.

Copy@ Pak Tam & edited by add

Friday, April 10, 2009

Siapa terkorban?

-Yang terkorban seorang diri ialah UMNO. Bilangan menterinya dikurangkan seramai 4 orang (17%); daripada 23 kepada 19 orang.

-Mengapa, atas semangat setiakawan, pengorbanan ini tidak dikongsi bersama antara UMNO dan MCA? Misalnya, UMNO berkorban 3 kerusi dan MCA berkorban 1 kerusi? After all, kaum Cina tidak rugi apa-apa sebab yang dapat faedah daripada pengorbanan MCA itu ialah pemimpin CINA dari Gerakan.

-Nampaknya kaum Cina tidak ada semangat setiakawan. Mereka tidak sedia bertolak ansur walau seinci pun. Sedangkan Melayu, nampaknya sejak dahulu hingga sekarang, terus bermurah hati dan mudah beralah:

Negeri Melayu ternama indah
Orangnya baik laku peramah
Dibawa berunding mereka mudah
Terhadap pendatang hati pemurah.

Persoalannya ialah adakah mereka menghargai sikap tolak ansur Melayu / UMNO ini dengan kembali menyokong BN? Atau mereka tak pernah rasa cukup dan syukur? Malah, jika berpeluang, mereka mungkin gigit lagi tangan UMNO? Inilah kebimbangan yang dirasakan oleh ramai ahli UMNO / Melayu yang dituduh pula mengamalkan dasar Apartheid.

copy@ hidup tuah by add

Wednesday, April 8, 2009

Rakyat Perlu Di Hukum...

Rakyat telah menghukum BN/UMNO di 2 PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Calon BN telah ditolak. Rakyat masih tidak mahu menerima karajaan yang dipimpin oleh UMNO dalamBN.Di Bukit Gantang, rakyat menolak UMNO manakala di Buklit Selambau rakyat menolak MIC. Apa pun alasan yang diberikan, hakikatnya adalah rakyat masih menolak BN.

Apakah yang masih tidak kena pada BN/Kerajaan sehingga rakyat menghukum keranaan sedemikian rupa?Kita melihat bahawa UMNO telah sedaya-upaya berubah. Kerajaan pun telah cuba berubah. Besar pengorbanan yang telah kerajaan lakukan untuk merealisasikan perubahan ini - Pak Lah rela berundur untuk memberikan laluan kepada DS Najib, tetapi kenapa rakyat masih belumn menerima ini?UMNO dah berubah, Kerajaan dah berubah tetapi bilakan rakyat ingin berubah? Apakah rakyat hanya meminta untuk berubah sedangkan mereka sendiri enggan berubah? Apakah ini wajar?

Kepada Kerajaan dibawah PM baru DS Najib, saya mencadangkan supaya rakyat juga dihukum kerana keenganan mereka berubah. Apakah wajar jika UMNO/Kerajaan tidak berubah rakyat boleh menghukum sedangkan apabila rakyat enggan berubah mereka tidak boleh dihukum?Kepada DS Najib saya mencadangkan supaya beliau menumpukan perhatian dan pembangunan kepada dimana rakyat menyokong kerajaan dan memulaukan rakyat yang tidak menyokong kerajaan. Inilah hukuman yang sewajarnya mereka terima.

Berikanlah bantuan kepada rakyat yang telah mengundi dan menyokong kerajaan dengan apacara sekalipun kerana mereka memang wajar menerima ini dan abaikan pada mereka yang menentang.Para pelajar yang menentang kerajaan jangan diberikan biasiswa atau ditarik balik, para pekerja kerajaan yang terang-terang menentang kerajaan dan menyokong pembangkang harus juga dipecat, rakyat yang memohon segala jenis bantuan, subsidi dan sebagainya harus juga ditapis dengan teliti dan pastikan hanya yang menyokong kerajaan saja yang akan mendapat manafaat nya.Kalau selama ini rakyat boleh menghukum kerajaan, kenapa kerajaaan tidak boleh menghukum rakyat pula? Dan memang wajar jika segala pembangunan hanya diberikan kepada penyokong kerajaan selaras dengan sokongan yang mereka berikan dan memang juga wajar jika pembangkang kerajaan disisihkan dari segala segi pembangunan dan bantuan sesuai dengan apa yang mereka lakukan kepada kerajaan.

Mulai dari hari ini, rakyat yang inginkan apa saja bantuan hendaklah memohon dari wakil rakyat yang mereka pilih itu kerana itu adalah pilihan dan kehendak mereka. Supaya mereka kelak akan mengerti dan lebih menghargai apa yang kerajaaan telah berikan kepada mereka.

copy @beranikan hati by add

Tuesday, April 7, 2009

UMNO OH BN @ BN OH UMNO...

You're missing the point.Totally missed the point.
UMNO kalah sebab UMNO terlalu narcissistic. Cinta dengan diri sendiri.Instead of being UMNO-centric, UMNO perlu rakyat-centric.

Inilah jadinya apabila UMNO pentingkan diri sahaja.Dan majoriti makin besar. MAKIN BESAR. Maknanya, orang makin beralih ke pembangkang. Setahun berlalu, pelbagai kempen UMNO buat, tapi makin ramai orang menyokong PR.The point is, UMNO masih lagi tak sedar. Tak sedar langsung. Macam mana nak berubah, kalau tak tahu apa yang perlu diubah?Rakyat tahu. PR tahu. UMNO masih tidak tahu. Ketinggalan dan alpa. 51 tahun memerintah negara masih tak tahu mencongak arus perubahan politik.

Lihat sahaja kualiti candidate.Banding sahaja Nizar dengan MP UMNO. Cermin Kia Carnival Nizar masih retak setelah beberapa tahun. Hidup sederhana seperti yang Nabi sarankan.Anak-anak sekolah agama pondok, kemudian Universiti Agama di Jordan. Semua Hafaz Quran.

Tak berpeleseran di Kelab2 malam atau berlumba dengan kereta mewah seperti anak-anak MB Perak yang dulu-dulu.

Isteri bertudung labuh. Simple. Bukan berbaju dan berkasut tinggi berharga gaji seorang penoreh getah di Changkat Jering.Nizar seperti rakyat. Bila dia seperti engkau atau aku, dia tahu masalah rakyat.Dia masih lagi berhenti di R&R PLUS. Makan di gerai-gerai. Senang di approach. Sering jadi Imam di surau-surau R&R terutama apabila selalu ke KL untuk menguruskan hal mahkamah.

UMNO selalu cakap "Pemimpin Berjiwa Rakyat" tapi seringkali omong kosong. Nizar, sebaliknya, ialah "rakyat yang menjadi pemimpin".Dan non-muslims masih menyokong dia.Dan ulasan anda, tak hampir langsung dengan masalah-masalah UMNO. Tak hairanlah UMNO kalah.

copy from Ezri April 8,2009 1:00AM @ Azli Shukri by add

Thursday, April 2, 2009

Lelaki berbaju Melayu hitam ditahan di luar Istana Negara

Seorang lelaki berbaju Melayu hitam telah ditahan polis dipintu Istana Negara pagi ini kerana menjerit-jerit menuntut hak untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia.Lelaki yang bermisai dan berjanggut itu kelihatan berlegar-legar di luar perkarangan istana dari malam tadi.

Pada mulanya, dia memberitahu orang ramai dia akan menggantikan Dato Seri Najib jika dia ditolak oleh SPB Agong atau kurang sihat untuk menyempurnakan upacara angkat sumpah. Lama kelamaan, dia bertukar menjadi lebih mendesak menuntut dilantik menjadi Perdana MenteriMenurut orang ramai yang menunggu di pagar untuk melihat Perdana Menteri Malaysia yang baru, lelaki tersebut seiras dengan Anwar Ibrahim.Kemungkinan besar dia adalah Anwar Ibrahim kerana asyik menyebut-nyebut dirinya sepatut sudah menjadi Perdana Menteri pada September 16hb tahun lepas tetapi telah dinafikan hak oleh Abdullah.

Katanya Speaker Dewan Rakyat adalah pengecut kerana tidak membenarkan usul undi tidak percaya pada Abdullah dibahaskan pada akhir-akhir tahun lepas.Yang menjadi kekeliruan orang ramai akan kewarasan lelaki tersebut adalah apabila dia mengatakan dia akan membawa usul percaya kepada Abdullah untuk terus menjadi Perdana Menteri.

Polis terpaksa menahan untuk menjaga ketenteraman Istana Negara dan mengelakkan pengikutnya yang sama kurang waras untuk bersorak dan baring di jalanraya.

Copy @ Husin Lempoyang by add