Friday, December 5, 2008

Tukar Nama?????????

Menjelangnya Hari Raya Haji atau lebih dikenali sebagai Hari Raya Korban, maka dengan ini kita sebagai anak bangsa melayu seharusnya berkorban "Marilah kita sama-sama mendesak kerajaan agar menukar kembali nama negara kita yang ada sekarang kepada yang asalnya iaitu Semenanjung Tanah Melayu". Jangan lah digunakan Semenanjung Malaysia, kerana apabila nama sekarang digunakan ramai kaum-kaum lain yang asalnya adalah pendatang mula lupa daratan dan lupa diri dan dengan angkuh dan bangga mendesak berkaitan ketuanan melayu.

Apa yang kita hendak lakukan bukanlah menidak kaum lain,tetapi kaum lain yang membuatkan kaum asal negara ini mula terhakis keistimewaan dan hak-hak yang seharusnya diperolehi tanpa diganggu gugat oleh mana-mana pihak.

Marilah NGO-NGO melayu menyahut cabaran ini.....

Biar "penduduk dunia semenanjung tanah melayu" sedar bahawa kaum melayu jangan dipermainkan sebagaimana kita melihat USA menjalankan hukuman mati keatas Saddam Hussein semasa rakyat dunia meraayakan Hari Raya Korban....

Tuesday, December 2, 2008

Ucapan bernas Ahli Parlimen Sri Gading Mempertahankan Orang Melayu.

Saya melihat, seperti baru-baru ini pemimpin MCA sendiri mempertikaikan ketuanan Melayu. Kenapa? Apa dosa orang Melayu yang hendak dipertikaikan kemelayuannya?Ketuanan Melayu bukan bermakna bangsa lain dalam negara ini menjadi hamba.

Tidak!Malahan sebenarnya, ketuanan Melayu itu hanyalah simbol dalam sejarah negara ini yang tidak pula hendak menghina bangsa-bangsa yang lain. MCA kalah teruk dalam pilihan raya bulan Mac 2008 yang baru ini. Apakah kekalahan MCA, maka kekalahan itu hendak disalahkan kepada UMNO?

Betapa UMNO yang menjadi tonggak kepada Barisan Nasional, walaupun MCA kalah, menteri empat orang tetap dilantik. Timbalan Menteri tetap dilantik. Apakah orang Melayu bersifat ketuanan sehinggakan mengetepikan orang Cina? Apa yang orang Cina mahu lagi dalam negara ini? Kekayaan! Segala-galanya telah diberi. Tidak ada rasa pun orang Melayu bahawa dia telah menghina bangsa lain. Tidak. Kenapa?

Kalau parti komponen dalam Barisan Nasional sendiri bersifat biadab sebegitu, diterjemahkan oleh kepimpinan nombor duanya, apa, apa yang kita harapkan? Apa yang kita harapkan? Saya tidak tahulah MCA agaknya, dia mahu agaknya peta politik negara ini hendak berubah. Apakah pemimpin-pemimpin MCA, pemimpinpemimpin GERAKAN, yang mengungkit-ungkit perkauman yang jelas anti kepada Melayu ini hendak kita biarkan.

UMNO satu ketika dahulu, Dato’ Ahmad Ismail membuat sedikit ucapan yang menyinggung. Kita pecat! UMNO pecat! Tetapi MCA, apakah berani memecat kepimpinannya? Apakah GERAKAN berani memecat kepimpinannya? [Tepuk] Kenapa?Kenapa?Kalau orang UMNO silap sedikit, orang MCA, orang Cina melatah, orang lain melatah.

Kalau Gerakan bercakap dengan perkara-perkara yang begitu kenapa tidak ambil tindakan?Saya harap ambil tindakan. Apakah berani kepimpinan MCA mengambil tindakan kepada pucuk pimpinannya yang biadab dan kurang ajar menyentuh tentang ketuanan Melayu ini.

Saya berharaplah kepimpinan Barisan Nasional, UMNO, Ahmad Ismail, ampunkanlah dia balik! Kalau inilah sikap komponen kita yang tidak menunjukkan rasa kesetiaan dalam perpaduan kaum dalam negara ini, kenapa kita hendak menyusahkan orang UMNO yang sedikit membuat kesilapan?

Inilah Tuan Pengerusi, saya kadang-kadang fikir Majlis Rumah Terbuka Malaysia ini dihapuskan. Tidak payahlah! Kalau sudah di peringkat kepimpinan sendiri pun perpaduan tidak wujud, apa yang kita harap kepada orang-orang di bawah kepimpinan kita? Di mana?Di mana Tuan Pengerusi? [Tepuk] [Disampuk]

Di mana hendak kita halakan negara kita kalau semua puak yang tertentu dalam komponen Barisan Nasional bercakap seperti parti pembangkang? [Tepuk] Ini PPP, tak sedar diri. Pasal sedikit, kata nak ugut keluar parti. Saya cadangkan PPP disingkirkan! Get out you daripada Barisan Nasional, sekarang juga! Kita peduli apa.

Kini saya harap Tuan Pengerusi, minta maaflah. Minta maaf, saya bukan hendak menyinggung sesiapa. Akan tetapi saya amat cinta kepada perpaduan negara ini. Kalau masing-masing kita biarkan bercakap ikut sedap mulut, ikut sedap parti, hendak popular dari segi kaum sendiri, menghiris hati orang lain, kita tidak akan sampai ke mana-mana. Ini, apa tindakan? Apa tindakan yang patut dibuat?Saya tak tahulah. Ini, saya minta maaf. Saya minta maaf. Oh, nampak UMNO ini lemah, orang nak buli, betul! Akan tetapi, UMNO lemah pun kerana ada sabotaj daripada rakan-rakan sendiri. Akan tetapi UMNO orang Melayu tidak pernah sabotaj! MCA bertanding dalam kawasan majoriti Melayu, menang!! Dalam kawasan saya, Dewan Negeri Parit Yani, majoriti Melayu saya tentukan, Melayu mesti menyokong MCA punya calon, pasal atas dasar perpaduan.Ini balasan, ini balasan. Kalau sudah kata hendak ketuanan Melayu, tidak payah lantiklah MCA jadi Menteri, Timbalan Menteri. MIC, PPP, tidak ada kerusi menang. Kita lantik dia jadi senator, lantik dia jadi anggota kerajaan. Tak sedarkah ini bagaimana toleratenya UMNO, orang Melayu dalam kepimpinan negara ini untuk menentukan perpaduan kaum yang mewakili kaum-kaum ini dapat duduk bersama-sama.

Jadi ini Tuan Pengerusi, saya haraplah permainan-permainan yang berbahaya ini mesti diberhentikan dengan segera. Mesti diberhentikan dengan segera. Betul UMNO lemah tetapi jangan lupa, dalam Dewan Parlimen ini, bukan Melayu itu UMNO sahaja. Melayu juga dalam PAS.Tiba masanya kalau diperlukan UMNO dan PAS boleh bergabung atas nama bangsa, atas nama agama, jangan lupa. Akan tetapi apakah permainan ini nak kita hidangkan kepada rakyat negara ini, jangan.

Ini UMNO dan PAS ini carik-carik bulu ayam, macam kita kata mencencang air dia tidak akan putus.Memang kita kadang-kadang ada masalah, itu biasa, tapi nanti dari segi kepentingan bangsa dan agama, tidak mustahil.

Dalam politik, tidak ada perkara yang mustahil. Saya nak ingatkan, jadi jangan nak cetuskan api perkauman yang seolah-olah Melayu ini menekan, Melayu ini menghina, Melayu ini begitu, Melayu ini.

Saya nak tanya berapa ramai Melayu boleh beli tanah Cina? Mana ada Melayu beli tanah cina, tapi ratusan ribu hektar tanah orang Melayu, Cina beli. Berapa banyak tanah-tanah perumahan seluruhnya 90% orang Cina beli. Apakah orang Cina masih tidak puas?

Dengan begitu sekali lembutnya orang Melayu yang jadi tunggak kepada negara ini.Saya haraplah, saya nak beri amaran kepada pemimpin-pemimpin MCA, pemimpinpemimpin GERAKAN, tolong berhentikan permainan api ini. Kalau DAP saya tak hairan, DAP saya tak hairan, memang kerja dia dan kalau dia tak kerja itu dia tak dapat sokongan, saya tahu.Akan tetapi parti komponen rakan kita yang selama ini satu kelambu, satu selimut yang kita belai, yang kita bela, sanggup menikam kita. Adakah ini persahabatan? Masa senang engkau peluk aku, masa susah kau nak terajang aku.

Teks ucapan Mohamad Aziz di parlimen.
copyright by add @ Jurublog 11.05pm

Monday, December 1, 2008

Janji seorang brok'er untuk jadi PM

ANWAR IBRAHIM meletakkan cagaran baru - Negeri Sarawak - sebagai modal taruhannya untuk berjaya merealisasikan projek 16 September iaitu menukar kerajaan persekutuan secara tidak demokratik, dari kerajaan BN kepada kerajaan Pakatan Rakyat.

"Langkah pertama, gegarkan Sarawak. Sarawak barisan hadapan kita sekarang," kata penasihat PKR dalam ceramah khas malam tadi bersempena kongres nasional kelima partinya selama dua hari di Shah Alam bermula 29 November 2008.

Katanya, beliau akan ke Sarawak pada 14 Disember ini dan mengarahkan semua pimpinan PKR bergilir-gilir untuk ke sana setiap minggu untuk meraih keyakinan masyarakat di sana pilihanraya negeri, selewat-lewatnya diadakan 2010.

Cagaran paling mahal negeri Sarawak

Kali ini Anwar telah mempertaruhkan negeri Sarawak, sebagai cagaran untuk merealisasikan cita-citanya untuk masuk ke Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri. Itulah inti ucapan Anwar semasa menyampaikan Ucapan Khas Penasihat PKR di Kongres Tahunan Nasional ke-5 PKR pada 29 November.
Begitu mahal cagarannya, seluruh rakyat dan kekayaan negeri Sarawak menjadi taruhannya semata-mata untuk merealisasikan cita-citanya menjejaki kaki ke Putrajaya.
Persoalannya, adakah seluruh rakyat Sarawak, rela negerinya jadi bahan pertaruhan, semata-mata untuk memenuhi impian seorang rakyat Semenanjung, dari Pulau Pinang yang telah dianggap sebagai tokoh yang telah mati tarikh luput (Expired Date)?

Sepatutnya Anwar sudah jadi PM, 10 tahun lalu, sekitar tahun 1998, ketika berjawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, ketika berada di ambang kekuasaan, satu tapak lagi ke tangga Putrajaya, tetapi takdir Illahi melebihi perancangan manusia. Walaupun ketika itu (1998), rakyat bangkit ibarat gelombang tsunami, solat hajat di rumah Anwar, di surau dan masjid seluruh pelusuk Malaysia berdoa untuk Anwar, malah Al Gore dari Amerika turun tiupkan api refomasi, moga-moga rakyat bangkit dan berjaya tumbangkan kerajaan, meniup kuasa rakyat menolak kerajaan yang sedia ada, tetapi takdir Illahi menetapkan Anwar bersalah dan terpaksa merengkok di penjara serta melupakan impiannya menjadi PM.Sepatutnya berada di penjara selama sembilan tahun, Anwar belajar erti mengenal diri. Jangan angkuh dan jangan ambil kuasa Tuhan, boleh meramalkan apa akan terjadi pada tarikh berikutnya. Bukan tidak boleh merancang, tetapi perlu akur dengan ketentuanNYA. Kalau sudah ketentuanNYA menakdirkan Anwar bukan Perdana Menteri yang sesuai untuk rakyat Malaysia, bermakna sudah jelas isyarat dari Illahi.

Walaupun Anwar dengan penuh yakin bercakap kepada Jim Middleston, News Hours Australia (pada 22 April 2008) dan Al-Jazeera, 101 East (pada 28 Ogos 2008) bahawa beliau akan jadi PM pada 16 September, namun takdir Illahi menakdirkan bahawa impian Anwar jadi PM pada tarikh tersebut, tidak lebih dari angan-angan Mat Jenin.

Sudah dua kali isyarat jelas daripada Illahi, adakah Anwar berusaha menongkah arus melawan isyarat dan takdirNYA ?
Benar seperti pendapat Faisal Tehrani, Anwar tidak berubah, sanggup gadaikan apa sahaja (termasuk Islam) semata-mata memuaskan hatinya menjadi orang nombor satu paling berkuasa di Malaysia.

Tulis Faisal, "Nah, suka? Saya juga boleh menggunakan jargon-jargon hebat dalam bahasa Jerman seperti Anwar Ibrahim, memandangkan seluruh dunia termasuk Jerusalem Post memuji beliau, maka saya wajar menjadikan beliau contoh..Oleh kerana bahasa politik adalah menghimpun kekuasaan maka di Indonesia, sempena majlis memperingati 100 tahun Hamka saya boleh berkata begini, "Buku Buya Hamka, Tafsir Al Azhar menemani saya selama dua kali di penjara".Tulisnya lagi, "Hebat bukan cara saya memuja ulama besar Indonesia, Profesor Haji Abdul Malik Karim Amrullah alias Buya Hamka? (sila lihat TEMPO Interaktif Rabu, 09 April 2008). Saya beri saudara apa yang saudara mahu, saudara mahu Islam dan ulama? Saya beri. Dengan jargon hebat yang melongokan. Disuntik sedikit emosi: arghhh hari-hari lampau yang menyedihkan itu...saya akan berkata begini pula di khalayak yang lain, katakanlah di Australia: "I see Shakespeare as a major figure of international and humanitarian dimension. In the solitude of my prison cell clearly Shakespeare appeared to me as a brilliant genius of all times and for all cultures. I am in debt to Shakespeare in that sense because I was able to fly away from that small constraint of those four walls during incarceration to become this major spectator of this classic work of that great genius.Begitu lah bunyi 'keynote di VIII World Shakespeare Congress' (Rujuk The VIII World Shakespeare Congress, Brisbane City Hall, July 16-21 2006)"

Itulah nukilan seorang pujangga muda bernama Faisal Tehrani, anak didik DBP yang mempunyai pengaruhnya tersendiri. Rumus Faisal, Anwar bercakap dua versi yang berbeza berlatar belakangkan kisah 9 tahun di penjara. Ketika di depan khalayak Islam di Indonesia, Anwar meletakkan dirinya hampir dengan tokoh ulama tersohor di Indonesia, Buya Hamka, pengarang tafsir Al Quran, Tafsir Al Azhar. Tetapi ketika Anwar berhadapan dengan khalayak Kristian, di Australia, nama Buya Hamka telah dipadamkan, diganti pula dengan seorang tokoh yang amat dikenali oleh masyarakat Kristian iaitu Shakespeare.

Itulah yang dirumuskan oleh penulis muda itu, "Latar sama. Tapi tema lain-lain. Bergantung apa yang saudara mahu dengar. Begitulah bahasa yang saya gunakan. Orang akan terpana. Begitu bahasa politik. Untuk khalayak berbeza saya akan 'temberang' beza".

Anwar cagar Sarawak berpakat dengan siapa ?
Anwar berucap meletakkan Sarawak sebagai cagaran barunya di hadapan para 1927 perwakilan, 1200 pemerhati penyokongnya semasa kongres itu. Turut hadir Lim Kit Siang, mentor penentu dasar DAP, tetapi wakil PAS tidak dihadiri oleh mentor dan penentu dasar PAS, sebaliknya dihadiri oleh team yang dilabel Erdogan, iaitu Kamaruddin Jaafar, Husam Musa, Khalid Samad dan lain-lain.

Sesetengah pihak berpendapat, usaha meletakkan cagaran baru ini sebagai mengalih isu, supaya tidak ditanya oleh pewakilan PKR, apakah sebab-sebab projek 16 September yang lalu. Sedangkan sebelum ini Timbalan Presiden parti itu Dr Syed Husin Ali berkata, beliau menjangkakan perkara itu akan dijelaskan tokoh utama PKR itu dalam kongres tahunan kelima itu.

Dakwa Dr Syed Husin,terdapat ahli-ahli PKR dalam pergerakan Wanita dan Angkatan Mudanya yang termakan dengan popaganda media mengatakan Anwar berbohong.
Sama ada ahli-ahli PKR termakan dengan propaganda media, tetapi seluruh rakyat Malaysia, sudah tahu bahawa Anwar bukan PM Malaysia pada 16 September lalu, sedangkan sebelum ini, Anwar penuh yakin, tanpa bersandarkan kalimah "Insya Allah", yakin dengan sebenar-benarnya, 16 September, Anwar jadi PM Malaysia. Apabila keyakinan yang tidak bersandarkan kuasa Allah itu, dan tidak menjadi kenyataan, adakah Anwar bukan Pembohong ?
Menariknya setiap kali Anwar berucap mengenai projek 16 September, Anwar hanya bercakap kepada penyokongnya. Tiada pembuat dasar PAS terutamanya Ustaz Hadi Awang dan Ustaz Nik Aziz yang menyaksikan ucapan 'peralihan kerajaan itu.

Dari situ, seolah-olah menunjukkan PAS awal-awal lagi menunjukkan tidak minatnya. Barangkali untuk melakukan kerja tidak demokratik itu, PAS hanya hantar Kamaruddin Jaafar dan Husam Musa sebagai posmen.
Barangkali Anwar masih belum faham-faham, isyarat PAS sebelum ini, tidak wakil pembuat dasar yang bersama-sama Anwar berucap mengenai projek 16 September. Kerana masih belum faham, Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS hantar isyarat pertama pada 4 September 2008.
Kata Mohamad Sabu, "Saya pun tidak berusaha ke arah itu (projek 16 September)...Saya macam orang lain juga, tunggu dan lihat. Saya lebih cenderung untuk menunjukkan kehebatan (pentadbiran) di lima negeri yang kita perintah. Tunjukkan kehebatan kita, betul-betul tidak berlaku rasuah, amalan nepotisme, berlaku penjimatan dan kebajikan.."
Seperti biasa, Anwar seolah-olah tidak mempedulikan kata-kata Mohamad Sabu, walhal, beliau mewakili orang nombor tiga dalam hiraki kepimpinan PAS. Bukti ketidakpedulian Anwar kepada teguran PAS, beliau masih mengulangi janji yang sama kepada kawan-kawannya di Indonesia semasa berkunjung ke negara itu.
Kata Anwar di Jakarta pada 6 September, "Saya tetap pada target saya, 16 September menjadi waktu untuk mengistirahatkan Badawi. Untuk itu, saya rileks sebentar sehari lompat ke Jakarta, berdiskusi dan bertemu dengan sahabat-sahabat saya di Indonesia,"
Oleh kerana Anwar masih berdegil, seluruh instrumen media PAS termasuk Harakah, TV PAS dan Siasah menjemput Mustafa Ali, Pengarah Pilihanraya PAS Pusat pada 8 September, mengadakan sidang media untuk post mortem mengenai projek 16 September, gagasan ketua de facto PKR.
Kata Mustafa Ali, "Saya tidak yakin 16 September kerajaan BN dan Pak Lah akan jatuh," begitulah tegasnya berkali-kali dalam forum khas "16 September".
Beliau yang bercakap berdasarkan pengalaman dan atas kapisiti peribadinya memberi dua sebab untuk menolak 16 September tidak berlaku apa-apa perubahan.
Pertama katanya dari segi teknikal. Ini jelas kerana katanya pada tarikh berkenaan Parlimen tidak bersidang jadi bagaimana perubahan (menjatuhkan) kerajaan berlaku kerana tidak ada persidangan pada hari itu.
"Sesuatu undi tidak percaya ataupun ‘peralihan kerajaan’ akan dilakukan menerusi Parlimen saja. Jadi kalau Parlimen tidak bersidang bagaimana akan berlaku undi tidak percaya?" soal beliau. Tambahnya, hanya Parlimen saja boleh melakukan apa-apa perubahan termasuk untuk mengadakan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri.
Kedua dari segi politik. Menurutnya dari segi politik juga tidak logik kalau ada ahli Parlimen BN berhijrah kepada Pakatan semata-mata kerana hendak menyokong Anwar. "Adalah ganjil dan sukar untuk dipercayai ahli Parlimen akan bersedia untuk berhijrah dari tempat (komponen) yang sudah ada kuasa kepada Pakatan yang belum ada kuasa," katanya.
Dari segi moral dan intergriti juga, penghijrahan itu seperti mana yang disebut itu tidak akan berlaku kerana ia melibatkan soal moral dan intergriti. Kerajaan yang ditubuhkan atas penghijrahan dan tawaran kebendaan akan dilihat sebagai tidak bermoral dan ini sesuatu yang tentunya akan dititik beratkan.
Dalam konteks ini katanya bagi Pas ia sangat bertentangan parti itu yang menekankan soal moral dan akhlak. Bagi Pas katanya, tindakan politik demikian sesuatu yang bertentangan dengan nilai perjuangan Pas dan ia tidak akan dilakukan oleh mereka yang sudah lama dan menghayati perjuangan Pas. "Tidak tahulah kalau mereka yang baru dalam Pas bersedia untuk sama-sama berbuat demikian!"
Apabila menjelangnya hari yang dimaksudkan Anwar, pada 16 September, projek 16 September yang dicanang sejak Mac 2008, tidak menjadi kenyataan. Sekarang cakap siapa yang boleh dipegang; Anwar Ibrahim atau Mustafa Ali ?
Sebab itu, bukan setakat ahli PKR saja cakap Anwar pembohong, majoriti rakyat Malaysia juga berfikiran begitu. Blogger bernama Cekka pun kata Anwar kaki temberang!.
Sebenarnya isyarat Naib Presiden PAS dan Pengarah Pilihanraya PAS pusat sebagai sambungan daripada episod isyarat awal dari Timbalan Presiden PAS, Nasaruddin Mat Isa.
Nasarudin ketika diwawancara oleh The Star, 22 Julai lalu, berkata "Saya tidak pasti populariti dia (Anwar) masih hebat dibandingkan untuk 1998. terutamanya bila muncul kes Saiful dan akuan berkanun oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam.."
Katanya lagi, "Masyarakat Melayu mula ragu-ragu kepada Anwar, terutamanya keengganan Anwar bersumpah dengan Al Quran untuk membersihkan namanya"
Malah, Presiden PAS, Ustaz Hadi Awang, pada bulan Julai 2008 turut memberi warning jelas kepada Anwar ketika diwawancara Harakah.
Kata Presiden PAS, "Tidak ada sesiapa yang jadi Ketua Pakatan Rakyat.."Bukan dia (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sahaja, kita pun berhak untuk mengadakan perundingan. Sama juga DAP. Mereka ada hak buat perundingan ..Itu tidak faham namanya. Atas dasar Islam kita berhak. PAS boleh berunding dengan mana-mana pihak..orang PAS boleh buat kerja untuk memenangkan Pakatan Rakyat. Perlu disedari bahawa PAS yang paling banyak cawangan...PAS yang paling banyak pekerja dalam pilihan raya umum ke-12. Orang PAS sedia bekerja bagi pihak parti lain..Jadi, selepas capai kemenangan perlu diambil kira peranan orang-orang PAS ini. Sebab orang PAS bukan bodoh!"

Sarawak jadi taruhan, Anwar umpama broker ?

Apabila kita menghayati wawancara Anwar dengan Haslinda Amin wakil Bloomberg dari Singapura Oktober 2008 lalu, kita dapat rasakan Anwar menganggap Projek 16 Septmeber seumpama seperti perniagaan.
"Saya akan..Insya Allah..buktikan kepada mereka (kawan-kawan di luar negara)..buktikan kepada mereka (kawan-kawannya di luar negara)..dalam bisnes ini..... saya ada bilangan yang mencukupi..dan negara ini perlu kepada perubahan.."
Dua kali Anwar mengulangi ikrarnya akan membuktikan kepada kawan-kawannya di luar negara bahawa beliau akan mengotakan janjinya untuk menumbang kerajaan.
Wawancara itu menarik minat pelawat blog ini yang menggunakan nama pena Wok Yoh untuk membuat komen seperti berikut :
Tulis Wok Yoh, "Ayat "before we let you to go" oleh pengacara itu (Haslinda Amin) seakan bermaksud Anwar telah diarah atau dipaksa untuk diwawancara dan disusuli dengan soalan killer ...tentang komitmen barunya untuk mengambil alih kuasa..."what is your new dateline?" itu boleh disifatkan sebagai arahan atau tekanan dari pihak tertentu di sebalik wawancara untuk Anwar meneruskan lagi misi yang gagal pada 916.
Selepas itu Anwar berkata "..insyaAllah...will proved THEM... Proved to THEM......this country need to changes"....
Siapa "THEM" itu? Biasanya "them" mewakili "beberapa orang". Adakah itu janji baru Anwar kepada pihak pihak tertentu di luar sana??? fikir fikirkanlah!
Persoalan Wok Yoh mempunyai asas. Kalau benar sekalipun Anwar mempunyai bilangan mencukupi seperti yang selalu diucapkan..we have the numbers....we have the numbers...Anwar tidak wajar menumbangkan kerajaan semata-mata untuk membuktikan kepada mereka. Untuk apa dibuktikan kepada mereka ?
Sarawak, negeri kita, Malaysia tanahair kita, kenapa perlu dipertaruhkan kepada mereka, semata-mata untuk membuktikan Anwar bercakap benar kepada mereka ?
Persoalannya adakah sebelum ini, Anwar telah membuat apa-apa perjanjian dengan mereka (kawan-kawan di luar negara) sehingga Anwar terpaksa bersusah payah menjelaskan sebab-sebab kegagalan kepada mereka ?
Rakyat Malaysia mungkin tidak kisah, jika Anwar sekadar memberitahu media Indonesia tentang kegagalan projek 16 Septembernya itu, tetapi rakyat mencurigai motif Anwar mewar-warkan projek ini kepada media asing di Barat.
Seandainya Anwar benar-benar patriotik, sepatutnya Anwar hanya perlu menjelaskan sebab-sebab kegagalan projek itu dalam media Harakah, Siasah atau Suara Keadilan (jika Anwar dakwa media utama tidak akan menyiarkannya). Cukup dengan tiga media itu, diletak di muka hadapan, wawancara penuh dengan penjelasan secara terperinci, kerana ketiga-tiga media itu akan sampai ke akar umbi.
Hormati kebijaksanaan rakyat Malaysia menilainya dengan seadilnya. Bukan setakat mengutamakan kepada masyarakat Barat, rakyat Malaysia pun berhak mengetahuinya, dan bijak menilainya.
Tetapi, semasa Kongres PKR kelima, sepatutnya Anwar gunakan kesempatan untuk menjelaskan sebab-sebab kegagalan itu, namun Anwar sekali lagi mengabaikannya.Adakah kali ini juga terdapat sekatan pihak-pihak tertentu, hingga Anwar tidak boleh menjelaskannya di gelanggang sendiri ?
Lebih pelik lagi, Anwar begitu ghairah menceritakan sebab-sebab itu kepada media asing, termasuk Bloomboerg.
Untuk apa, Anwar bersusah payah melaporkan situasi politik Malaysia kepada media milik Yahudi itu, sedangkan Anwar tidak berminat mengupasnya di gelanggang sendiri ?
Adakah ini bermaksud, projek 16 September adalah perjudian Anwar dengan kawan-kawannya di luar negara dan Malaysia serta terbarunya Sarawak pula jadi taruhannya ?


add@suarapolitik
Apa dosa melayu terhadap bukan melayu?

MENGAPA kaum bukan Melayu tidak henti-henti membangkitkan isu ketuanan Melayu dan apa sahaja perkara berkaitan Melayu?

Seolah-olah Melayu kini menjadi musuh bukan Melayu, lantaran apa sahaja yang menjadi milik Melayu termasuk yang termaktub di dalam Perlembagaan sentiasa dipersoalkan.
Apa dosa orang Melayu terhadap bukan Melayu? Apa kurangnya orang bukan Melayu jika dibandingkan dengan kedudukan orang Melayu yang merempat di tanah air sendiri.
Apa tuntutan bukan Melayu yang gagal dipenuhi kerajaan sejak negara mencapai kemerdekaan? Sengkek benarkah keadaan orang bukan Melayu di Malaysia sehingga tanpa henti mereka mempertikaikan hak orang Melayu.


Apa sebenarnya maksud tersirat di sebalik tersuratnya tuntutan demi tuntutan agar hak orang Melayu dihapuskan dan tuduhan bahawa ketuanan Melayu tidak lagi relevan.

Tentunya, orang bukan Melayu mahu orang Melayu bersaing dengan mereka tanpa sebarang keistimewaan kerana mereka tahu Melayu tidak akan mampu berbuat demikian.
Dalam keadaan dilimpahi pelbagai keistimewaan seperti yang didakwa oleh bukan Melayu, orang Melayu masih menguasai tangga teratas golongan paling miskin dengan tahap pendapatan di bawah RM1,000.


Malah pencapaian ekonomi orang Melayu pun masih lemah dan tidak dapat menandingi kekayaan orang bukan Melayu di negara ini. Begitu juga dengan kekuatan politik bangsa Melayu yang hakikatnya tidak sekuat mana menyebabkan ia menjadi mangsa ugutan serta hentaman oleh bukan Melayu.

Kelemahan Melayu yang amat ketara itulah hakikatnya yang mendorong bukan Melayu tidak henti-henti 'menyalak' dan menuntut supaya hak Melayu dihapuskan. Jelas matlamat mereka hanya satu - ingin melihat Melayu tersungkur di bumi sendiri sehingga akhirnya kuasa ekonomi menentukan masa depan politik.

Masalahnya orang Melayu hanya gemar bercakap, berhujah dan beretorik setiap kali bersuara untuk mempertahankan hak bangsa sendiri. Hanya laungan kata-kata berkumandang di sana sini namun tiada tindakan bersepadu dilaksanakan untuk menjadikan Melayu satu bangsa yang kuat dan hebat. Segala keistimewaan yang termaktub di sisi Perlembagaan hanya dinikmati oleh segelintir Melayu yang 'bertuah' manakala Melayu serpihan terus dianaktirikan dan merempat di bumi sendiri.

Lebih menyedihkan ada kalangan Melayu yang turut menolak ketuanan Melayu dan tidak percaya kepada hak keistimewaan Melayu sedangkan manusia-manusia itulah yang mengaut keuntungan daripada dasar tersebut.

Hakikatnya, ini bukan masa untuk beretorik atau mempertahankan Melayu sekadar menggunakan 'air liur'. Ketuanan Melayu mesti dihidupkan semula untuk menjadikan Melayu satu bangsa yang dihormati dan disegani sehingga tiada kaum berani memperlekehkan Melayu jauh sekali mempersoalkan hak Melayu untuk terus menerajui tampuk pemerintahan negara.

Kesemuanya itu hanya boleh dilaksanakan jika semua pihak bersatu dan bersungguh-sungguh menjayakan agenda membangunkan Melayu.


add@utusan online
UMNO patut bangkit bersuara...komponen BN perlu tutup mulut.

Isu ketuanan Melayu nampaknya masih belum reda, malah parti komponen BN pun turut menghentam. Sebelum ini, Ketua Wanita Gerakan, Dato' Tan Lian Hoe telah membangkitkan perkara itu. Khamis lalu, Timbalan Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek pula menolak konsep ketuanan Melayu dengan mengatakan ia tidak relevan dan ditolak pelbagai kaum. Kenyataan beliau kemudian disokong oleh Ketua Wanita MCA, Dr Che Mei Fun yang mengatakan bahawa tanah air ini milik semua rakyat dan mereka adalah tuan tanah Malaysia. Terbaharu, Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon mendakwa istilah ketuanan Melayu menggambarkan seolah-olah seperti hubungan hamba dengan tuan. Kelantangan mereka ini mungkin kerana pemimpin Melayu berdiam diri kononnya ingin menjaga hati dan perasaan kaum lain. Lantas mereka terus menerus dihina.

Perkara ini diakui sendiri oleh Datuk Mukhriz Mahathir. “UMNO harus bangkit bersuara dan parti-parti komponen di dalam BN pula harus tutup mulut dan jaga hal masing-masing. “Orang luar dari UMNO, termasuk parti-parti komponen BN tidak seharusnya mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara yang berkaitan dengan orang Melayu, khususnya ketuanan Melayu. Kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh beberapa pemimpin parti komponen dalah tidak sihat dan boleh menjejaskan hubungan antara parti-parti di dalam BN,” katanya. “Selama ini kita bersikap toleransi, tetapi kenyataan-kenyataan yang dibuat kebelakangan ini memang mengundang reaksi.

Parti-parti komponen harus mengelak daripada terus bercakap mengenai isu ini yang mengguris hati UMNO. Beliau mengakui isu ketuanan Melayu timbul akibat salah faham dan pengertian kerana setiap orang mempunyai kefahaman dan pandangan berbeza mengenainya, terutamanya penggunaan istilah “tuan”.

“Adalah lebih baik kita menumpukan perhatian mencari jalan cara terbaik menyatupadukan rakyat.,” tambahnya. Sehubungan itu Mukhriz mencadangkan supaya langkah menyatupadukan rakyat dibuat di peringkat sekolah. “Semua sekolah harus diserapkan ke dalam satu sistem persekolahan dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa perantara, kecuali bagi mata pelajaran Matematik dan Sains. “Sistem ini telah digunakan di hampir seluruh negara di dunia. Sudah tiba masanya kita melahirkan satu bangsa yang bersatu padu daripada peringkat sekolah. Sistem ini boleh dinamakan sebagai sistem pendidikan Malaysia. Mengikut sistem, kita boleh menetapkan mata pelajaran Bahasa Mandarin diwajibkan bagi pelajar Cina dan Bahasa Tamil diwajibkan bagi pelajar India. Pada masa yang sama mata pelajaran ini juga terbuka kepada kaum lain.

Dengan cara ini kita boleh menggalakkan pelajar menguasai tiga bahasa. Apabila ditanya samada beliau tidak bimbang cadangan ini akan dijadikan isu oleh kaum lain, Datuk Mukhriz berkata, sistem yang dicadangkan ini adalah sistem yang demokrasi.

“Kita boleh mengekalkan sekolah-sekolah yang sedia ada seperti Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Kebangsaan, cuma sistem pelajarannya sahaja yang berubah,” katanya.

Copyright @ agendadaily

Tuesday, November 25, 2008

Bersolat lebih baik dari beryoga

SAMA ada halal atau haram senaman yoga, umat Islam tidak perlu kecoh- kecoh atas kesedaran bahawa mereka mampu memelihara kesihatan tanpa senaman berkenaan. Kalau masih ada pihak yang mempertikaikan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa amalan senaman berkenaan haram, maka sudah terang lagi bersuluh bahawa yang mempertikainya sedang terlena dalam kejahilan yang teramat sangat.

Cuba perhatikan kenapa alim ulama kebanyakannya lebih lanjut usianya. Jarang benar guru-guru sekolah pondok umpamanya mati pada usia masih muda gara-gara diserang sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan penyakit-penyakit kronik yang lain. Kebanyakan mereka mati kerana sakit tua.

Antara rahsianya adalah kerana mereka banyak sembahyang sunat selain daripada sembahyang wajib lima waktu sehari semalam. Alim ulama akan tidur selepas Isyak dan akan bangun selepas pukul 12.00 tengah malam melakukan sembahyang malam.

Mereka akan tidur sekejap sebelum masuk waktu Subuh. Sebaik-baik sahaja bangun dari tidur, mereka akan sembahyang sunat Fajar, sunat Subuh dan tidur sekejap untuk kemudiannya akan bangun dan menunaikan sembahyang sunat Dhuha.

Rukun sembahyang yang rata-rata melibatkan kegunaan anggota badan itu sendiri lebih bersifat kepada gerakan senaman sama ada rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud, bersimpuh ketika membaca tahyat, malah ketika berpaling kanan kiri ketika memberi salam.
Semalas-malas umat Islam menunaikan sembahyang yakni dengan hanya menunaikan sembahyang fardu sahaja pun, mereka akan melakukan 17 rukuk, 17 iktidal, 68 kali sujud, 32 bersimpuh dan 10 paling muka ke kanan dan 10 paling muka ke kiri.


Kebanyakan alim ulama akan memastikan jumlah sembahyang yang dilakukan adalah 50 rakaat sehari semalam bila dicampur jumlah sembahyang sunat dan fardu. Lazimnya sembahyang sunat dilakukan sebanyak dua rakaat.

Maknanya setiap hari mereka melakukan 50 rukuk, 50 iktidal, 318 sujud 164 kali bersimpuh, 76 memalingkan muka ke kanan dan 76 lagi memalingkan muka ke kiri.

Dengan sebanyak itu pergerakan anggota badan dilakukan, maka ia sudah lebih daripada cukup bagi tujuan senaman untuk kesihatan badan.

Lagi pun dengan memperbanyakan sembahyang, bukan sahaja badan akan sihat tetapi akan mendapat pahala berganda di samping otak dan dada akan menjadi lapang.Antara tujuan direnggangkan waktu-waktu sembahyang juga adalah untuk mengingatkan kita bahawa pemikiran dan badan perlukan rehat.

Kebanyakan alim ulama juga suka berkebun, memancing dan pelbagai aktiviti berbentuk riadah, seperti menunggang kuda, menembak dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti sedemikian juga ada kaitan dengan penjagaan kesihatan, kerehatan mental dan fizikal serta kawalan perbelanjaan harian.

Kenapa kita mesti ikut tatacara untuk kesihatan badan yang bertentangan dengan Islam? Kenapa kita tidak 'fotostat' kehidupan alim ulama ke dalam kehidupan kita. Bukankah alim ulama juga mencontohi kehidupan Rasulullah SAW ke dalam kehidupan mereka. Memilih kehidupan yang bercanggah dengan sunnah bermakna kita memilih kecelakaan.

RAMLI ABDUL HALIM
Kota Bharu, Kelantan @suara politik.com

Monday, November 24, 2008

Agenda underground Komunis (Cina sepet).

Rencana ini adalah diterbitkan oleh sebuah majalah di London. Ditulis di dalam bahasa mandarin dan telah dialihbahasa oleh pelajar melayu yang belajar disana. Rencana ini telah disebarkan sekitar tahun 2006 dan kebenarannya telah terbukti selepas PRU12.Kita semua kaum Cina di mana sahaja kita berada mestilah berbangga dengan bangsa kita; samada Cina Amerika, Cina Singapura, Cina Taiwan dan Cina Malaysia.Kita mestilah mengekalkan identiti kita.

Di Malaysia, kita mesti memberitahu anak-anak kita dan mengajar mereka cara-cara perjalanan halus. Setakat ini oleh kerana kedudukan kita, kita tiada pilihan untuk memilih kerajaan yang majoritinya dikuasai oleh orang Melayu.Tetapi kita sedar dibidang perniagaan dan perindustrian, orang Melayu tidak ada melainkan mengekalkan bangsa kita (Cina) sebagai unsur utama meninggikan ekonomi Malaysia dengan meletakkan keutamaan Bahasa Mandarin atau Kantonis di dalam akhbar tempatan sebagai syarat penerimaan atau syarat kelayakan perlu. Maka orang-orang Melayu tentunya terpinggir dari bidang pekerjaan tersebut.Jadi kita mengambil kesempatan ini atas kedudukan kita dan meminta hak-hak politik.

Orang-orang kita yang bergiat di bidang pelajaran hendaklah pastikan bahawa generasi yang akan datang tidak akan diajar segala pengorbanan orang Melayu, terutama sekali dalam pelajaran sejarah, Ilmu Alam dan lain-lain mata pelajaran, baikpun di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah.Kita mesti mengajar anak-anak dan anak orang Melayu supaya mempunyai pendirian bahawa kejayaan itu bergantung semata-mata atas kebolehan. Untuk tujuan ini kerajaan Singapura yang kita harus banggakan kerana telah berjaya memecah-belahkan orang-orang Melayu dengan cara membahagikan mereka kepada banyak puak seperti Banjar, Acheh, Bugis, Mandaling, Boyan dan lain-lain. Dari kesannya jiwa Rancangan ini, orang Melayu yang dulunya merupakan 19% daripada penduduk Singapura, sekarang hanya tinggal 10% sahaja. Sekarang mereka tiada pilihan melainkan memuji kerajaan Singapura kerana memberi mereka satu kestabilan, keadilan dan harapan untuk masa depan iaitu mana-mana bentuk yang kerajaan suka dan fikirkan, pasti mereka terima, sebabnya orang Melayu di sana tiada mempunyai suara lagi dan mereka akan tetap menemui kegagalan.

Sebagai orang Cina tulin, saya juga berbangga dengan cara yang dilakukan oleh En. Lim Chong Eu di Pulau Pinang untuk memecah-belahkan orang-orang Melayu di sana. Beliau telah berjaya mengambil tanah-tanah orang-orang Melayu dan memajukannya sebagai kawasan perumahan dan perindustrian. Oleh kerana harga rumah-rumah itu terlalu tinggi bagi orang Melayu, mereka tiada keupayaan langsung untuk memiliki rumah-rumah tersebut. Polisi ini tidak sahaja harus dilakukan di Pulau Pinang, tetapi juga di lain-lain tempat selain bandar-bandar besar seperti Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban, Melaka, Johor Bahru dan Kuantan. Kita orang Cina harus mara ke Alor Setar, Kangar, Kota Bharu dan Kuala Terengganu.

Tujuan kita ialah untuk menguasai segala kegiatan perdagangan yang berkaitan dengan bahan makanan, enjin, bank-bank serta pertanian. Alasan yang munasabah perlu dicari dan dikemukakan kepada kerajaan untuk menaikkan harga barang-barang keperluan harian. Inilah yang kita akan terus gunakan untuk mendapatkan kekuasaan politik di Malaysia. Oleh kerana kita telah kukuh di bidang Antarabangsa, kita mesti menganggap bahawa saluran penyebaran am yang ada pada kita.

Setakat ini, dunia menganggap bahawa kerajaan Malaysia sekarang adalah anti Cina dan Pro-Melayu dan juga kita orang Cina ditindas. Orang Cina tersingkir dari kebanyakan peluang, itulah anggapan mereka. Juga bahawa kepakaran dan titik peluh kita telah tidak diberi dan mendapat ganjaran yang sepatutnya. Walau bagaimanapun, kebelakangan ini terdapat langkah-langkah yang diambil oleh elit-elit Melayu untuk mengubah gambaran ini dan menyuarakan apa yang sebenarnya berlaku.Kita sebaliknya mematahkan langkah-langkah itu sebelum ianya berjaya dilaksanakan.

Dalam bidang politik, orang-orang Cina haruslah bergembira dengan perpecahan demi perpecahan terlibat di kalangan orang-orang Melayu dengan keluarnya Pas dari Barisan Nasional, keluarnya ahli UMNO ke parti KeAdilan dan semakin perpecahan itu menguntungkan kita.Saya sebagai orang Cina, sangatlah bergembira untuk memberitahu anda bahawa salah satu sebab penyingkiran itu adalah jarum dan tindak-tanduk teman-teman kita Gerakan dan MCA di dalam Barisan Nasional dan DAP dari luar.

Sekarang tibalah masanya untuk kita menanam perasaan benci di kalangan orang-orang Melayu terhadap pemimpin mereka. Kalau kita bijak menjalankan operasi kita, kita akan berjaya mengasingkan Perdana Menteri sekarang ini yang terlalu jujur menjadi seorang Ahli politik. Kalau kita orang-orang Cina bersatu, kita berjaya memecah-belahkan Dato' Sri Dr. Mahathir Mohamed dengan Dato' Sri Anwar Ibrahim, kumpulan Abdullah Ahmad Badawi dengan Kumpulan Najib Tun Razak.Apabila British meninggalkan Malaysia, pemerintahan adalah di tangan beberapa orang Melayu pilihan. Kita ketahui bahawa pemimpin-pemimpin Melayu ini kiranya disukai oleh orang Melayu sendiri. Pada keseluruhannya, mereka adalah orang-orang miskin tetapi bernafsu besar. Kita berkeupayaan memberikan apa yang mereka mahu. Kita akan terus mendapat apa yang kita kehendaki dari mereka. Kemudian sesudah kita memberi mereka secukupnya, kita akan mendedahkan mereka ini. Kita akan meminta mereka supaya dilucutkan daripada jawatan-jawatan mereka. Kita tidak akan rugi apa-apa dengan pemecahan itu, malah menguntungkan orang-orang Cina. Pekerjaan ini mesti dijalankan dengan licin, supaya intelek-intelek Melayu tidak akan menyedarinya. Setakat ini kawan-kawan kita di bidang perniagaan telah berjaya mengenepikan Dr Mahathir, Dr Abdul Rahman Yaakob dan semua pelampau-pelampau dalam UMNO termasuk juga sector kerajaan.

Kita orang-orang Cina harus bangga kerana orang-orang Melayu yang menerima rasuah ini telah diletakkan di badan-badan berkanun. Di UDA kita telah mendapat keuntungan yang banyak walaupun orang kita nombor dua di situ. Mereka yang tidak mempunyai pandangan yang kuat akan terus sanggup menjual orang-orang dari bangsanya sendiri, kiranya mereka diberi apa yang mereka kehendaki dan kita pula hendaklah menggunakan kelemahan mereka ini untuk kepentingan diri kita.Kita akan gagalkan mereka dengan Tentera Darat, Laut dan Udara. Kita akan terus gagalkan mereka dalam polis. Kita telah buktikan bahawa tanpa kita orang-orang Cina, mereka tidak akan mendapat apa-apa maklumat berkenaan dengan kegiatan Komunis. Kita juga perlu bekerjasama dengan pergerakan di bawah tanah kerana tujuan kita adalah sama iaitu menguasai Malaysia.Kepada kita, caranya tidak lain sama ada menerusi politik atau perjuangan bersenjata.

Satu perkara lagi yang patut kita gunakan adalah kebencian yang ada pada orang-orang Melayu dengan Sultan-Sultan mereka. Kita mesti menguatkan lagi kebencian ini supaya apabila orang-orang Melayu tidak mempunyai kepercayaan terhadap Sultan-Sultan mereka, mereka akan hilang suatu simbol perpaduan dan kita dengan mudah sahaja dapat membawa mereka kepada kemusnahan mereka sendiri.Untuk membuktikan apa yang saya katakan, sebagai seorang Cina, kita tahu kerajaan Malaysia sekarang lemah. Kelemahan ini terbukti dengan kegagalan mengawal harga barang-barang keperluan. Kita boleh menurun mana-mana cukai dengan menurunnya harga buah oren menjelang Tahun Baru Cina, tetapi kerajaan tidak berbuat demikian apabila tiba Hari Raya orang-orang Melayu kerana saya tidak pernah ingat harga buah Kurma diturunkan menjelang Hari Raya.Pemimpin-pemimpin Melayu bertujuan untuk menolong orang-orang melayu dalam rancangan Malaysia ke-7.

Kita orang-orang Cina harus menunjukkan sokongan kita terhadap rancangan ini kerana kita tahu mereka tidak akan mencapai matlamatnya. Di sebaliknya, apabila mereka hendak memajukan rancangan Felda, kita orang-orang Cina akan mendapat keuntungan melalui pembinaan jalan, pembinaan bangunan, pembinaan rumah-rumah, parit, pemotongan pokok, penyediaan tanah dan lain-lain.Segala bentuk pembangunan akan membawa keuntungan kepada orang-orang Cina, yang juga bermakna kejayaan serta kekayaan orang-orang Cina akan bertambah. Sekarang ini saya percaya, orang-orang Cina sudah pun memegang 60% daripada kekayaan negeri ini termasuklah tanah. Sebaliknya orang-orang Melayu hanya memegang 3% berbanding 4% kepunyaan asing.Kita tidak boleh berpuas hati. Kita orang Cina hendaklah mendapatkan kekayaan orang-orang asing ini sebelum ianya jatuh ke tangan orang-orang Melayu. Taktik kita memberi saham kosong kepada orang-orang Melayu hendaklah disambung terus kepada orang-orang Melayu ini dan akan mengenepikan orang-orang Melayu lain daripada memasuki bidang kewangan terutamanya sebagai akauntan.

Di bidang pelajaran kita mesti mewujudkan Universiti Merdeka secepat mungkin. Kita mesti terus menghantar beribu-ribu anak-anak kita ke Hong Kong, Taiwan, Amerika atau di mana-mana di dunia ini. Apabila mereka pulang kita akan memasukkan mereka di sektor-sektor Swasta yang mengandungi 80% daripada peluang pekerjaan. Oleh kerana keadaan ini, kerajaan sekarang ini yang pro-Melayu tidak akan berjaya menguasai keadaan pasaran. Petani-petani yang terdiri dari 75% orang-orang Melayu terus tidak bertanah. Nelayan akan tetap miskin oleh kerana pegawai-pegawai kerajaan mereka sendiri sudah tidak boleh dipercayai lagi.

Orang Cina harus menolong untuk memusnahkan segelintir pegawai-pegawai Melayu yang dedikasi dengan membawa mereka ke golongan kita. Kita dengan demikian diharapkan akan membuat mereka gagal dalam tujuan asal mereka. Ini kita pastikan lakukan dengan usaha bersama antara sektor swasta atau kerajaan.Beberapa di kalangan Cina mungkin bertanya sama ada boleh atau tidak mengambil alih negara ini dengan pasukan tentera. Saya menjawab, mereka hanya general-general bodoh.

Lihatlah sahaja kelulusan mereka dan pengalaman mereka dan lihat pula apa yang berlaku di Indonesia. Di Indonesia mereka semua boleh dibeli. Jadi, setelah kita memegang kuasa politik, kita boleh ketepikan pasukan tentera ini. Kita orang-orang Cina mempunyai kebolehan untuk bermuka manis dan dipercayai oleh orang-orang Melayu dan kita harus memainkan peranan kita dengan baik. Kita akan terus bermanis muka dengan berkawan bersama mereka kerana waktu ini kita belum boleh menunjukkan niat dan belang kita yang sebenar. Contoh yang paling konkrit kita mengalami kekalahan teruk dalam atasan dan saya tahu apa yang ada di dalam otak mereka dan apa yang difikirkan. Pada keseluruhannya, pemimpin-pemimpin sekarang sedang takut menemui pengundi mereka.Kita mesti mengumpulkan tenaga dan usaha mematahkan mereka dengan cara perlahan-lahan. Pada masa yang sama juga kita mesti perkuatkan dan mengapi-apikan risauan kesangsian orang-orang Melayu terhadap pemimpin-pemimpin mereka. Ini kerana terlalu jelas ketidakstabilan dan kemiskinan masyarakatnya. Akhirnya diharapkan mereka ini tidak akan berminat untuk mengundi dan membiarkan takdir yang menentukannya.Kita akan membuat penentuan ke atas mereka dan masa depan mereka kerana orang-orang Cina akan menjadi pemimpin-pemimpin mereka itu.

Penulis asal: Oleh Dr. Ng. Seng.Ulasan artikel:
TAJUK ASAL: 'BERSATULAH KAUM CINA'

BANGUN BERSATULAH MELAYU

Rencana tersebut telah disebarkan sekitar tahun 2006 untuk memberitahu kaum Cina supaya bersedia sebelum Piliharaya Ke12 2008, dan kini ternyata kebenarannya telah terbukti.
Lihat, baca dan kaji segala maklumat terkini setelah kaum Cina menguasai pentadbiran dibeberapa negeri yang jatuh ketangan mereka pada PRU12 yang dibantu oleh PKR, PAS dan beberapa orang Melayu walaupun beberapanya dari parti Melayu-UMNO yang digula-gulakan kononnya untuk perubahan sanggup berselongkol dengan mereka sehingga sanggup menghina dan melemahkan pemimpin tertinggi Melayu dan akan berterusan sehingga cita-cita mereka tercapai. Kejayaan pertama kaum Cina yang dibantu oleh orang PAS, PKR dan beberapa Melayu-UMNO adalah berjaya menimbulkan keraguan terhadap kepimpinan Abdullah Badawi sehingga memaksa beliau melepaskan jawatan PM kepada DS Najib pada Mac 2009. Kini telah menjadi kenyataan akan muslihat kaum Cina yang telah menggerakkan kuasa politik dalaman mereka apabila Melayu di akar umbi berjaya dilemahkan, begitu juga kekuatan ekonomi kaum Cina sehingga Melayu dihimpit kesempitan.

Tujuannya adalah untuk melemahkan Kerajaan Melayu khasnya dan bangsa Melayu amnya.Perhatikanlah permintaan-permintaan mereka kini sehingga sanggup memperlekeh maruah Melayu dan mencabar agama Islam. Dajjalnya pemimpin Melayu PAS dan PKR ialah menyokong dan membantu kaum Cina untuk bersama-sama melemahkan kuasa Melayu. Mereka diternak oleh kaum Cina sama semacamana mereka kaum Cina menternak BABI, dikandang, dijaga, diberi makan, dibelai, dibanggakan dan dijual. Untungnya adalah kaum Cina. Apabila kuasa mereka sudah berada dalam genggaman kemudiannya tidak mustahil Melayu PAS, PKR juga akan ditendang macam anjing belaan mereka dirumah dan jika tidak diperlukan akan dilepaskan menjadi anjing liar menyalak siang dan malam sehingga menganggu ketenteraman.Tidak dinafikan bahawa ada golongan Melayu yang juga "Sepet" (yang hanya melihat sebelah mata) dan "tidak ada akal @ BODOH" yang akan mengatakan isu ini sebagai "rasis", silakan. "Siapa yang hendak menolong bangsa Melayu kalau bangsanya sendiri". Sanggupkah ANDA sebagai MELAYU melihat BANGSA ANDA meminta-meminta dari kaki kaum Cina kelak?.


Ia adalah bertujuan untuk menyedarkan bangsa Melayu akan permainan pemimpin Cina dan kaum Cina terutamanya DAP yang akan menggugatkan bangsa Melayu supaya peka akan matlamat cita-cita mereka. Mereka mempunyai matlamat dalam segala bentuk baik dalam perniagaan, pendidikan, politik, bangsa, sejarah, kemasyarakatan, sosio-ekonomi, pendapatan, pentadbiran, undang-undang dan macam-macam lagi yang berkaitan dalam menguatkan sesama kaum Cina. Mereka bertindak bersama dalam menjayakan matlamat mereka dan amat kurang bagi bangsa Melayu.

Kaum Cina melihat segalanya dari sudut kuasa politik dan mereka tahu akan kekurangan kuasa politik Melayu baik dari segi perniagaan, pendidikan, politik, bangsa, sejarah, kemasyarakatan, sosio-ekonomi, pendapatan, pentadbiran, agama dan dll kerana kebanyakan Melayu terutama generasi baru hanya memikirkan dan melihat politik hanya dari satu sudut sahaja. Kuasa politik terutama bangsa Melayu haruslah menguasai dan merangkumi aspek intelektual dan spiritual dan bukanlah hanya pada satu sudut sahaja kerana ianya berkaitan diantara satu aspek dengan espek yang lain. Itulah yang Melayu perlu MELIHAT dalam memahami dan mempelajari mengenai kuasa politik jika ingin memperkukuhkan bangsa Melayu dan dalam masa yang sama dapat menangkis isu-isu propaganda yang dibangkitkan oleh kaum Cina dan talibarut dengan rujukan dan fakta.Kepada kaum Melayu Malaysia silalah saudara/saudari meneliti akan hakikatnya dan merenung sejenak jauh ke hadapan akan nasib bangsa kita. Tidak mustahil dalam jangka masa pilihanraya PRU13 akan datang, segala hasrat dan cita-cita tersebut akan dapat dibuktikan kepada kita semua.

Memandangkan kepada jumlah pengundi baru di Malaysia yang meningkat dari 7 juta kepada 20 juta pengundi baru pada PRU13, hampir-hampir separuh darinya terdiri dari bangsa Cina. Kita sebagai anak pribumi Malaysia Jati, wajiblah menginsafi dan bertindak cepat sebelum nasi menjadi bubur. Sedarlah, insaflah, bangunlah bersatu, pada menjalani kesedaran pertaruhan ini. Janganlah diabaikan.Ingatlah kebangkitan kamu di hari ini walaupun kecil akan dapat menghindarkan kehancuran agama, bangsa dan tanah airmu BUMI MALAYSIA.

Jangan biarkan generasimu dan anak buahmu di hari kemudian menangis tersedu sendirian. Jangan biarkan ayam mati kelaparan di kepuk sendiri dan itik kehausan di kolam sendiri. Nenek, ibumu dan bapamu yang telah lewat usianya itu tidak mungkin boleh dijaga atau disedarkan lagi. Hanya kamu golongan yang bersemangat waja ini saja yang boleh memainkan peranan ini. Panjangkan salam kesedaran ini kepada saudara-maramu yang lain demi bagi melindungi maruah bangsamu dan agamamu. Bangkitlah dari sekarang sebelum terlambat.

"BANGUN MELAYU, ISLAM DAN PERTIWI".

Dipetik dari Suara Politik.com @ Utusan Che Moq

Thursday, November 20, 2008


JAWAPAN KEPADA OPPORTUNIS KAUM YANG BERTOPENG LIBERAL.

Apakah cara paling berkesan untuk berhujah dengan mereka yang tidak mahu berpijak di bumi nyata? Mereka yang mengaku berbangsa Malaysian tapi sebenarnya rasis. Mereka yang mengaku ‘open minded’ tapi sebenarnya ‘narrow minded’ dan mereka yang mengaku liberal tapi sebenarnya‘chauvinist’ kaum.

Bagaimana mahu berurusan dan berbincang secara akademik tentang negara bangsa jika premis asas bagaimana negara ini terbina pun mereka tidak mahu mengakuinya? Mereka hanya mengakui 1 dari premis asas tersebut, iaitu penerimaan mereka sebagai warganegara, manakala premis asas yang memberi kelebihan kepada kaum pribumi pula cuba dinafikan hinggakan melayu pun disamataraf sebagai berketurunan pendatang seperti mereka. Kalau mereka dan bangsa melayu sama-sama berstatus pendatang kenapa kaum melayu tidak perlu memohon untuk menjadi warganegara Malaya? Kenapa label malas, tidak tahu berniaga dan bekerja diletakkan secara pakej kepada satu-satu kaum dan tidak kepada individu manusia? Bukankah sifat-sifat ini wujud di kalangan manusia tidak kira dia melayu, cina atau pun India? Membuat tuduhan secara pakej mengikut kaum jelas membayangkan merekalah sebenarnya rasis, bersikap prejudis dan pesimistik terhadap kaum tertentu.

Sebenarnya merekalah yang tidak dapat memisahkan diri dan pemikiran dari sifat rasis. Itu sebab mereka sentiasa mencemburui apa saja yang boleh memberi kelebihan kepada kaum lain.Meletakkan kesalahan kepada kaum dan pemimpin melayu sebagai punca yang menjejaskan perkembangan ekonomi dan daya saing negara adalah tuduhan yang sama sekali tidak berasas dan sekali lagi berbaur rasis. Mereka tidak dapat lari dalam berbicara soal pentadbiran negara dari kaca mata kaum, kaum dan kaum lantaran sifat prejudis dan pesimistik terhadap kaum lain sentiasa menguasai diri.

Adakah dasar perlindungan kerajaan terhadap produk keluaran pengilang tempatan melalui pelbagai tariff impot dan insentif ekspot bersifat perkauman atau bersifat kebangsaan? Kalau kita memandang dari sudut kepentingan kaum, maka kaum mana yang mendapat benafaat dari dasar perlindungan ini? Sudah tentulah kaum yang memonopoli sektor pengilangan dan ekspot yang pastinya bukan berbangsa melayu…!

Mereka juga tidak dapat melepaskan diri dari dijerut pemikiran rasis apabila memperkatakan tentang soal pendidikan. Mereka terlalu mencemburui apa yang ada dalam periuk belanga orang lain sehingga lupa periuk belanga mereka melimpah walau pun lebih besar. Mereka hanya berfikir bagaimana untuk ambil lagi dan lagi apa yang ada dalam periuk orang melayu untuk dimakan bersama dan dalam masa yang sama menutup rapat periuk besar mereka tanpa mahu dikongsi.

Mereka ‘merah mata’ melihat UiTM yang ditubuhkan sejak tahun 1956 (RIDA ketika itu), iaitu sebelum mereka mendapat status kewarganegaraan lagi. RIDA ditubuhkan hasil dari Kongres Melayu khusus untuk melahirkan pekerja terlatih berkemahiran di kalangan orang melayu. Itu pun mereka tak rasa malu untuk minta kongsi lagi seolah-olah mereka tidak ada universiti langsung untuk menghantar anak-anak mereka menyambung ke pengajian tinggi…!Sebut dan senaraikan semua universiti awam dan swasta di negara ini dan jumlahkan semua pelajar yang ada, sudah pasti kaum melayu bukan di kedudukan teratas lebih-lebih lagi dalam kursus-kursus kritikal.

Punyalah ramai Naib Chanselor yang mereka boleh lantik sendiri kerana universiti dan kolej swata yang ternama boleh dikatakan semua milik mereka. Tapi sifat ‘merah mata’ pandangan rasis mereka tidak mampu menyorok ketamakan mahu lagi dan lagi. Kalau boleh semua universiti awam pun mereka mahu Naib Chanselor dari kalangan mereka. Kenapa mereka begitu memandang rendah kepada kemampuan orang lain seolah-olah mereka beranggapan jika kerajaan benar-benar mengamalkan dasar meritokrasi, kaum mereka pasti lebih layak dari orang melayu sebagai Naib Chanselor.

Sekali lagi sifat bangga bangsa seperti yahudi terserlah melalui topeng daya saing dan liberalisasi pendidikan…!Siapa boleh nafikan hujah Tun Mahathir mengenai sekolah wawasan yang ditentang hebat oleh kaum mereka? Kenapa tolak integrasi kaum? Kenapa tiba-tiba berfikiran lebih sempit dari orang melayu? Kenapa masih berfikiran orthodok dan masih berpegang teguh mempertahankan sekolah aliran jenis kebangsaan? Tahu pula mereka sayang pada ‘mother tounge’ dan warisan sendiri? Apakah cina Singapura dan cina Indonesia telah hilang nilai dan budaya bangsa mereka kerana tidak wujudnya sekolah aliran jenis kebangsaan di sana?Jurublog mencadangkan agar dihapuskan sekolah aliran jenis kebangsaan agar setiap rakyat berbilang kaum dapat dididik secara inklusif melalui satu bahasa pengantar dan tiada pengasingan berasaskan kaum. Selagi pendidikan berasaskan perkauman ini wujud selagi itulah usaha kerajaan untuk membangunkan suatu bangsa Malaysia yang tidak lagi bercakap dan berfikir mengikut kaca mata kaum akan menemui jalan buntu. Pendidikan berasaskan kaum peringkat paling asas ini perlu dihapuskan terlebih dahulu sebelum difikirkan penghapusan di peringkat selanjutnya. Sebenarnya, orang melayu telah buktikan mereka berjiwa besar dan lebih bersedia hidup sebagai satu bangsa Malaysia. Mereka sanggup mengambil risiko serta bersaing dengan dengan kaum yang pada asalnya asing tapi akhirnya sedia menerima mereka sebagai rakan kongsi di tanahair ini.

PERLU DIINGAT, JIKA TIDAK KERANA ‘JUS SOLI’ YANG MENYEBABKAN KAUM IMIGRAN DILETAKKAN SAMA TARAF DARI SEGI KEWARGANEGARAAN DENGAN KAUM ASAL NEGARA INI, PENGGUBAL PERLEMBAGAAN DULU TIDAK PERLU BERSUSAH PAYAH MEMASUKKAN JAMINAN DAN PERLINDUNGAN TERHADAP KEDUDUKAN DAN KEISTIMEWAAN KAUM PRIBUMI KERANA 100% NEGARA INI DAN SEISINYA AKAN MENJADI HAK MUTLAK KAUM PRIBUMI. PERUNTUKAN PERLEMBAGAAN ITU HANYA TIMBUL APABILA WUJUDNYA DESAKAN BRITISH KETIKA ITU UNTUK MENUKAR STATUS 1 JUTA IMIGRAN MENJADI WARGANEGARA!

Maka, sikap opportunis kaum melalui kepelbagaian penggunaan topeng ini harus dihentikan. Orang melayu memerhati! Sifat opportunis ini pernah berlaku selepas Jepun menyerah kalah di Tanah Melayu pada tahun 1945. Sikap opportunis yang sama juga berlaku lagi selepas kuasa melayu hampir tergugat selepas PRU 1969. Sifat yang hampir sama juga sedang menyerlah sekali lagi sejak PRU 12. Tuntutan demi tuntutan yang dilakukan selepas PRU 12 bukanlah kerana tuntutan zaman yang telah semakin terbuka…tetapi sebenarnya dihasilkan dari sikap opportunis yang telah mendarah mendaging sejak zaman pra-globalisasi lagi. Tahun 1945 dan 1969 terlalu jauh dari zaman globalisasi tapi sikap opportunis telah pun terserlah…Jangan cuba promosi konsep kesaksamaan dan keterbukaan seperti orang jual minyak urut tepi jalan…

Jangan jadikan negara ini seperti ibu tumpang. Bila sudah lahir hasil menumpang perut ibu lain kerana ibu sendiri tidak mampu mengandungkan mereka, mereka lupa asal usul. Mereka lupa jika tidak kerana ibu tumpang, mereka tidak akan lahir di dunia ini. Mereka tidak harus kurang ajar pada ibu tumpang yang melahirkan mereka hanya semata-mata kerana mereka punya hak untuk menjalani kehidupan seperti orang lain.. Apakah hanya disebabkan mereka dilahirkan secara tumpang mereka berhak menuntut dan merampas hak dan harta anak, cucu dan cicit sebenar ibu tumpang tersebut?

Perlu diingat, kerana sifat timbang rasa ibu tumpanglah yang membolehkan mereka membina generasinya di dalam tanah pusaka ibu tumpang hinggakan rumah generasi sebenar ibu tumpang sendiri semakin terlindung dan terhimpit oleh binaan rumah-rumah generasi yang dilahirkan hasil dari perut tumpangan tersebut…Moga nasib rakyat Palestin tidak sampai ke sebelah sini…

by Kamaruzaman Kamdias.

Wednesday, November 19, 2008

Orang Melayu perlu pertahankan hak mereka - Tun Mahathir

PUTRAJAYA 19 Nov. - Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu orang Melayu tidak terus mengambil sikap mempertahankan diri apabila hak-hak dan keistimewaan mereka dicabar oleh pihak tertentu terutama selepas UMNO catat prestasi buruk dalam pilihan raya umum lalu.
Sebaliknya bekas Perdana Menteri itu berkata, sudah tiba masanya untuk orang Melayu mengambil sikap 'menyerang' bagi memastikan hak-hak yang dinikmati selama ini dapat dipertahankan.
''Kita lihat sekarang ini ramai orang Melayu cuma mempertahankan diri tetapi tidak menyerang, kita cuma marah dengan kata jangan sentuh hak keistimewaan Melayu dan agama Islam.
''Kita harus mempertahankan kedudukan kita tetapi ungkapan orang Inggeris kata bahawa serangan adalah satu bentuk pertahanan yang paling baik, jadi kita kena serang, itu cara terbaik untuk mempertahankan diri," katanya ketika berucap pada Program Penerangan Isu-Isu Semasa di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
Menurut Dr. Mahathir, orang Melayu sejak dahulu mempunyai sikap yang lemah lembut dan ada kalanya tidak mahu mempertahankan diri walaupun tahu diri mereka tidak bersalah selain enggan menuduh orang lain bersalah.
Sebab itu katanya, apabila terdapat pihak mempertikaikan sosial kontrak, orang Melayu hanya mempertahankan diri bahawa mereka mempunyai keistimewaan yang telah ditetapkan dalam kontrak tersebut.
Bagaimanapun jelas beliau, orang Melayu tidak mendedahkan perkara-perkara yang dipersetujui mereka dalam kontrak sosial yang telah dinikmati oleh kaum lain di negara ini.
''Kita cuma pertahankan bahawa kontrak sosial beri keistimewaan tetapi kita tidak kata tentang apa yang kita beri dalam kontrak sosial, kita bagi banyak.
''Tunku (Abdul Rahman Putra) memberikan satu juta kerakyatan kepada orang bukan Melayu tanpa apa-apa soalan, ini ada dalam ucapan Tun Tan Siew Sin.
''Kalau hendak ambil balik hak Melayu, kita juga nak ambil balik hak yang diberikan kepada mereka," katanya.
Dalam pada itu, Dr. Mahathir menyatakan, selepas pilihan raya umum lalu, banyak pihak menyatakan mereka menolak perkauman tetapi mereka secara terang-terangan mempersoalkan mengapa orang Melayu mendapat begitu banyak hak di negara ini.
''Mereka mahu bahasa mereka digunakan dalam papan tanda dan mempersoalkan Melayu sebagai pendatang yang dikatakan tidak berbeza dengan orang Cina dan India," katanya.
Beliau turut mempertikaikan tindakan sesetengah pihak menyamakan kemenangan Barack Obama sebagai Presiden ke-44 Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini sebagai satu petanda bahawa negara ini juga perlu dipimpin oleh seorang Perdana Menteri yang bukannya dari kalangan orang Melayu.
''Sejak Obama menang, ia jadi masalah pula kepada kita, sedangkan beliau tidak boleh disamakan dengan kita.
''Memang dia berkulit hitam dan ada campuran sedikit tetapi hakikatnya dia menerima budaya dan bahasa di AS yang asalnya dijajah oleh Anglo-Saxon. Dia cukup dengan identiti Amerika," katanya.
Peralihan kuasa sia-sia - Dr Mahathir

KUALA LUMPUR, 20 Nov- Jika Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meneruskan polisi-polisi yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, sia-sia sahaja peralihan kuasa, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Malah, beliau menjangka, para pengundi akan terus menolak Umno dan Barisan Nasional (BN) jika para pemimpin barunya meneruskan polisi-polisi hari ini dan tidak bersungguh-sungguh memerangi rasuah dan politik wang."Najib menyatakan bahawa beliau akan meneruskan Islam Hadhari. Ini bukan petanda yang baik kerana ia menunjukkan peralihan yang berlaku hanya peralihan bentuk tubuh badan sahaja, bukan polisi-polisi."Para pengundi tidak suka polisi-polisi yang dibawa oleh Abdullah, oleh itu mereka akan terus menolak Umno. Oleh itu, peralihan itu sia-sia sahaja,"

The Star memetik beliau berkata dalam ucapan kepada para pemimpin dan ahli Umno, bekas-bekas menteri dan kumpulan-kumpulan pelajar Melayu di Yayasan Kepimpinan Perdana.Dr Mahathir berkata, ketika Umno memerlukan pemimpin yang berani untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh parti, Najib hanya menjaga air muka Abdullah sahaja."Kita perlu berfikir sama ada orang yang mengambil alih kuasa dari Perdana Menteri akan membersihkan Umno dari mereka mereka yang kini terlibat dengan rasuah."Jika beliau berat sebelah dan tidak berlaku pembersihan, rakyat akan menolak parti itu. Jika mereka akhirnya memilih pembangkang, ia akan mengakibatkan dilema kepada kita kerana kepimpinan mereka tidak meyakinkan," katanya.Ketika berdialog dengan mereka yang menghadiri perjumpaan itu, bekas Presiden Umno itu menegaskan beliau sanggup ditangkap polis demi mendedahkan nama mereka yang terlibat dengan rasuah politik di dalam Umno.

Beliau berjanji akan mendedahkan nama mereka di dalam blognya, chedet.comDr Mahathir menegaskan, beliau tidak takut mendedahkan kebenaran dan identiti mereka yang teerlibat dalam rasuah politik itu."Saya tidak boleh lakukan apa-apa terhadap aduan (rasuah politik) melainkan menyerahkan nama mereka kepada lembaga disiplin Umno. Saya akan dedahkan nama-nama (yang terlibat dengan rasuah politik) itu dalam blog saya."Saya tidak takut disaman kerana memfitnah atau ditangkap oleh polis. Jika mereka boleh membebaskan (Editor Malaysia Today) Raja Petra Kamarudin, adakah mereka tidak boleh membebaskan saya juga?"Sebelum ini, pembantu Tengku Razaleigh Hamzah, Datuk Kamal Amir Kamal Hijaz berkata, lembaga disiplin Umno bukan sebuah badan bebas dan tidak perlu membuat laporan kepadanya.cinaislam
sumber HarakahDaily
Diposkan oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

Tuesday, November 18, 2008

Perkasa dan PPM

Wednesday, November 19, 2008

Perisytiharan Perkasa dan Persatuan Peguam Muslim

BISMILLAHIR-RAHMANIR-RAHIM

1) MENGINSAFI BAHAWA kelangsungan dan kejayaan Persekutuan Malaysia akan sentiasa bergantung kepada kejayaan sebenar usaha-usaha pengisian Kedaulatan Melayu dan Pribumi dalam proses kenegaraan dan amalan masyarakat Malaysia;

2) MENYEDARI BAHAWA sebarang usaha untuk menafikan kedudukan, kuasa, wibawa, kepentingan dan peranan Kedaulatan Melayu dan Pribumi dalam proses kenegaraan dan amalan masyarakat Malaysia akan menghasilkan ketidaktentuan kepimpinan negara dan amalan politik yang tidak terarah dan lemah;

3) MENYEDARI BAHAWA ancaman-ancaman terhadap kelangsungan dan kejayaan Persekutuan Malaysia yang berteraskan kepada Kedaulatan Melayu dan Pribumi, telah dan sedang berlaku dengan hebat, tersusun dan menyeluruh, yang menuntut perjuangan dan tindakan-tindakan penentangan dari bangsa Melayu dan pribumi, serta masyarakat terbanyak;

4) MENGETAHUI BAHAWA kaum bukan Melayu di Malaysia memiliki jaminan hak dan kepentingan sah pada tahap paling tinggi di bawah perlindungan Seri PadukanBaginda Yang DiPertuan Agong;MAKA dengan berpandu kepada fakta-fakta yang benar, bukti-bukti sejarah dan bukti-bukti terkini dan hujah-hujah yang sah,

KAMI Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dengan kerjasama Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia yang bersidang pada hari ini, 16 November 2008 bersamaan 18 Dzulkaedah 1429H, dalam wacana Hak-Hak Pribumi dalam Perlembagaan di Auditorium Memorial Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur, dengan tegas dan lantang menyatakan bahawa :

SATU - MENGGESA pihak kerajaan (persekutuan dan negeri ) agar sentiasa mendapatkan restu dan perkenan DYMM Raja-Raja Melayu bagi apa jua tindakan pentadbiran yang menyentuh atau berkaitan dengan hak dan kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan Pribumi di Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain;

KEDUA - MENGGESA semua pihak supaya menghormati semangat perlembagaan yang mendasari dan menjadi paksi kepada kedudukan Bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan serta tidak melakukan sesuatu tindakan yang secara langsung atau tidak langsung menjejas dan menggugat kedudukan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Di atas semangat yang sama, kami menuntut dilaksanakan penggunaan sepenuhnya Bahasa Melayu dalam urusan perundangan dan kehakiman negara;

KETIGA - MENGINGATKAN bahawa peruntukkan asas perlembagaan adalah suatu piagam yang tidak boleh sama sekali di ubah, dipinda, dibuang, dimansuh atau dicabar secara sewenang-wenangnya. Ini kerana peruntukkan-peruntukkan asas tersebut bukan sekadar suatu dokumen undang-undang, tetapi ia mencatatkan dan melambangkan semangat permuafakatan dan kerjasama pelbagai pihak dan kepentingan;

KEEMPAT - MENCADANGKAN agar kedudukan tanah rezab Melayu dan regimen askar Melayu dimasukkan di bawah perlindungan Raja-Raja Melayu melalui pindaan kepada perkara 159 Fasal (5) dan perkaras 10 fasal (4). Ini berdasarkan hakikat bahawa perlembagaan adalah suatu piagam yang di dalamnya terjamin maktub struktur asas Negara bangsa Malaysia ;

KELIMA - PERCAYA bahawa faham ketuanan Melayu sering disalah tafsir sedangkan ianya adalah satu hakikat sejarah bahawa orang Melayu dan pribumi lainnya adalah tuan rumah asal negara ini. Pembuktian mengenai faham ketuanan ini secara langsung telah dilambangkan melalui institusi Raja-Raja Melayu melalui ketuanan berhemah seperti yang terjamin maktub di dalam perlembagaan persekutuan. Justeru, itulah seluruh peruntukkan dalam perlembagaan Raja Melayu dan pribumi tidak boleh dipertikaikan;

KEENAM - MENGUSULKAN agar beberapa peruntukkan khas perlu diadakan dan dilindungi di bawah perlembagaan bagi memelihara dan memajukan kedudukan dan kepentingan golongan yang daif dan miskin secara saksama tanpa mengira bangsa, keturunan dan agama;

KETUJUH - MENGGESA agar semua rakyat, terutamanya generasi muda serta pemimpin semua peringkat, wajib memahami isi kandungan serta peranan perlembagaan dalam menjamin ketenteraman dan keharmonian Malaysia sebagai sebuah Negara bangsa. Untuk itu kerajaan pusat dan negeri harus mewajibkan kefahaman ini kepada kumpulan sasar melalui sistem pendidikan atau kursus-kursus khas seperti pusat latihan khidmat Negara ;

KELAPAN - MENGGESA agar semua parti politik dan badan-badan bukan kerajaan agar mengakui dan menerima peruntukkan-peruntukkan yang berkaitan hak-hak keistimewaan kaum melayu dan bumiputra serta kepentingan-kepentingan sah kaum lain serta tidak mengeksploitasi peruntukan di atas bagi maksud-maksud sempit sehingga menggugat keharmonian dan kestabilan Negara bangsa.Menginsafi dan menyedari bahawa perjuangan mempertahankan yang hak dan benar dan memperkasakan Kedaulatan Melayu dan Pribumi memerlukan beberapa tindakan segera,

maka KAMI mengesyorkan :

(i) Supaya dirangka dan dilaksanakan satu program raksasa memberi pendidikan dan memasyarakatkan, berdasarkan kumpulan sasaran yang ditetapkan akan kedudukan, kuasa, wibawa, kepentingan dan peranan Kedaulatan melayu dan pribumi dalam proses kenegaraan dan amalan masyarakat Malaysia, di mana Institusi Raja-Raja Melayu mohon Menjungjung Kasih akan berperanan sebagai Penaung dan Penasihat;

(ii) Supaya diambil tindakan menyusun kurikulum program pemasyarakatan ini secara lengkap dan kaedah penyampaiannya ditentukan supaya berkesan ditahap di mana kumpulan sasaran berupaya menjiwainya;

(iii) Supaya disusun strategi yang menyeluruh dan bertindak secara bijaksana dan berkesan bagi mengalahkan peperangan psikologi dan saraf, usaha-usaha halus dan terang-terangan penghakisan dan pengkhianatan terhadap asas-asas, struktur-struktur dan kekuatan Kedaulatan Melayu;

(iv) Menggesa pihak yang bertanggungjawab agar merangka pelan-pelan dan jangkamasa tindakan serta pengukuran kejayaan terhadap usaha-usaha memperkasakan hak-hak istimewa bangsa Melayu dan pribumi serta mendapatkan pandangan dan maklum balas dari Duli-Duli Yang Maha MUlia Raja-Raja Melayu selaku Penaung dan Penasihat, dan melaksanakan semua pelan-pelan tindakan ini sehingga berjaya.

KUALA LUMPUR16 November 2008/ 18 Dzulkaedah 1429H

Monday, November 17, 2008

Timbang politik berasaskan keadilan(bukan PKR)

Timbang politik berasaskan keadilan(bukan PKR)
Oleh MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH
KENAPAKAH setelah lebih daripada 50 tahun merdeka kita masih gagal untuk melahirkan masyarakat berbilang kaum yang meletakkan kepentingan nasional di hadapan? Inilah perkara yang mesti dikaji dan diuji oleh pemimpin-pemimpin hari ini agar jangan terlalu sibuk berpolitik sehingga melupakan atau sengaja melupakan kepentingan masa hadapan atau kepentingan negara secara keseluruhan.
Kenapakah kita tidak belajar daripada negara jiran terdekat seperti Thailand dan Indonesia yang berjaya menanamkan semangat kebangsaan dan patriotik yang tinggi kalangan rakyat mereka berbilang kaum?
Tidakkah kita belajar daripada pengalaman apa yang berlaku di Singapura? Setelah sebuah negeri Melayu terlepas kepada tangan bukan Melayu, apakah yang telah terjadi kepada orang Melayu di sana? Terbelakah nasib orang Melayu? Adakah orang Melayu mendapat tempat dalam percaturan kuasa politik?
Menurut Lily Zubaidah (2001), yang membuat kajian mengenai nasib Melayu di Singapura, bahawa orang Melayu semakin tidak mendapat tempat di bawah kerajaan PAP yang diperturunkan oleh Lee Kuan Yew. Orang Melayu tidak lagi diberikan tempat seperti dahulu. Kalau adapun tempat diberikan adalah kalangan Melayu yang telah cair sifat keMelayuan dan keIslamannya.
Kepimpinan Cina di Singapura tidak lagi mempercayai orang Melayu di sana. Dengan sebab itu, mereka terus didiskriminasikan, walaupun dinafikan sendiri oleh Melayu Singapura yang mahu menjaga periuk nasi masing-masing. Namun, perilaku mereka menunjukkan segala-galanya.
Orang Melayu langsung tidak dapat tempat untuk memegang jawatan tinggi dan kritikal dalam perkhidmatan seperti ketua tentera, polis, juruterbang, imigresen dan sebagainya.
Saya begitu teruja apabila Perdana Menteri Singapura, Lee Hsein Loong diajukan oleh wartawan persoalan akan pandangan beliau mengenai perkembangan politik di Amerika Syarikat berkaitan kejayaan presiden Barack Obama. Lebih lunak sedikit daripada bapanya, Hsein Loong mengeluarkan kenyataan bahawa satu hari nanti orang Melayu boleh menjadi Perdana Menteri di Singapura.
Persoalannya, bila? Sama ada ia akan menjadi realiti atau tidak hanya Tuhan yang lalu. Keadaan hari ini yang berlaku sudah cukup memberikan pengajaran kepada kita bahawa proses ke arah itu masih terlalu jauh disebabkan oleh sikap ultra kiasu yang amat menebal.
Sejarah membuktikan bahawa orang Melayu mempunyai sikap akomodasi yang tinggi. Selain daripada isu penerimaan orang Cina sebagai warganegara (Jus Soli), orang Melayu juga sanggup melepaskan sebuah negara Melayu iaitu Singapura kepada orang Cina dalam keadaan terpaksa. Namun, setelah orang Cina mendapat negara tersebut, mereka tidak pernah percaya kepada orang Melayu.
Malah menaruh syak wasangka atau persepsi yang kurang menyenangkan. Walaupun negara ini mendakwa mengamalkan dasar terbuka seperti yang didakwa, nyata sekali diskriminasi amat jelas dan nyata terhadap orang Melayu.
Orang Cina Singapura tidak pernah percaya kepada orang Melayu. Pendek kata, proses peminggiran orang Melayu berlaku dalam hampir semua aspek kehidupan seperti ekonomi, politik, sosial, budaya dan sejarah (Lily Zubaidah, 2001). Saya agak hairan bagaimana Lee Kuan Yew suatu ketika dahulu begitu berani menyindir Malaysia dengan mengatakan orang Cina dipinggirkan dalam arus perdana kepemimpinan negara.
Justeru, bagi saya, membandingkan Barack Hussein Obama, pemimpin kulit hitam yang berjaya menjadi presiden Amerika Syarikat adalah contoh yang amat dangkal dan amat ultra kiasu. Inilah politik kotor yang sentiasa dimain-mainkan untuk mengugut kepemimpinan hari ini. Sejarah kita berbeza sejarah Amerika Syarikat.
Kejayaan Obama masih terlalu baru. Kita jangan terlalu yakin, terutamanya umat Islam yang meletakkan harapan yang begitu tinggi terhadap Obama menggantikan Bush yang dianggap sebagai dajal.
Jika Obama beragama Islam, saya tidak yakin beliau pergi lebih jauh sehingga setakat ini. Faktor peribadi beliau turut membantu. Beliau bukanlah dalam kategori kulit hitam tulen seperti kulit hitam di Afrika.
Ibunya adalah rakyat Amerika Syarikat berkulit putih. Cuma bapanya sahaja berkulit hitam daripada Kenya. Pendek kata, Obama adalah campuran darah kulit putih dan kulit hitam.
Salah satu sokongan yang diperolehi juga disebabkan beliau secara terang mengaku berpegang kepada agama kristian. Tidak ketinggalan, beliau mempunyai hubungan dengan pemimpin-pemimpin dan korporat-korporat Yahudi antarabangsa.
Saya bimbang umat Islam akan kecewa suatu hari nanti jika terlalu bergantung harapan kepada Obama. Tunggu dan lihat. Apa pun saya boleh katakan, jika Obama beragama Islam, berkulit hitam tulen, dan tidak bersikap lunak terhadap Yahudi, jangan harap dia boleh menjadi presiden Amerika Syarikat. Inilah sejarah politik yang mesti difahami.
Persoalan saya, kenapa DAP, Gerakan dan MCA membandingkan Malaysia dengan Amerika Syarikat? Kenapa tidak bandingkan Malaysia dengan negeri China atau India yang lebih bersifat ketimuran? Pada saya, DAP, Gerakan dan MCA sekadar mengambil kesempatan dalam apa jua ruang dan peluang untuk mendapatkan apa yang selama ini tidak didapati.
Saya ajukan persoalan ini kepada mereka untuk dijawab, bolehkah Cina Muslim atau India Muslim menjadi Perdana Menteri di negara China dan India, sedangkan mereka daripada satu bangsa yang sama.
Saya memberikan jawapan terlebih dahulu, jauh panggang dari api. Justeru, membanding Malaysia dengan Amerika Syarikat adalah sikap yang amat kiasu atau ultra Cina yang tidak sepatutnya berlaku bagi mereka yang telah tinggal di tanah air tercinta ini sekian lama.
Saya masih beranggapan baik bahawa orang Melayu boleh atau akan menerima orang Cina sebagai perdana menteri atau timbalan, jika orang Cina itu beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu termasuk, fasih berbahasa Melayu dan lain-lain lagi.
Kenapa hari ini orang Melayu masih agak berat hati untuk menerima orang bukan Melayu untuk diletakkan pada hierarki yang tertinggi dalam kepemimpinan negara dan organisasi? Berbanding dengan kenapa rakyat Thai boleh menerima Thaksin sebagai ketua negara mereka suatu ketika dahulu walaupun Thaksin mempunyai darah keturunan Cina yang amat ketara? Jawapannya, kerana Thaksin beragama Buddha, sama seperti orang Siam yang lain.
Perawakan Thaksin tidak lagi kelihatan sebagai orang Cina, tetapi lebih Siam daripada orang Siam. Thaksin mempunyai semangat patriotisme Thai yang amat tinggi. Sebab itu Thaksin berjaya. Namun keadaan di Malaysia begitu jauh berbeza, majoriti bukan Melayu langsung tidak mahu dikaitkan atau diasimilasikan langsung dengan budaya dan cara hidup orang Melayu. Dengan sebab kebudayaan kebangsaan gagal mencapai matlamatnya.
Persoalan saya kepada MCA, Gerakan dan DAP, berapa ramai orang Cina hari ini yang boleh menguasai bahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu dengan baik? Berapa ramai wakil-wakil rakyat Cina sanggup memakai songkok atau baju Melayu ketika ada majlis rasmi seperti persidangan Parlimen? Inikah sikap Perdana Menteri yang kita mahukan? Jika inilah sikap yang ditonjolkan, jangan harapkan mereka mengimpikan untuk menjadi perdana menteri.
Hari ini seolah-olah amanat Tunku dan Cheng Lock sudah tidak relevan lagi. Orang Cina tidak hanya menuntut kek ekonomi dan kek kuasa yang lebih besar. Majoriti mereka berpendapat bahawa DEB sudah tidak relevan lagi. Lupakah kita kepada bumiputera Sabah dan Sarawak? Tidakkah mereka lebih berhak untuk menuntut? Seperti mana tuntutan mereka agar jawatan Naib Presiden UMNO hendaklah diperuntukkan kepada bumiputera UMNO Sabah?
Saya cukup bersetuju dengan idea ini, agar politik kita tidak mengkesampingkan Sabah dan Sarawak yang telah dijemput menyertai Malaysia sekian lama. Kita sedia maklumkan bahawa keadaan di sana masih kurang membangun jika dibanding dengan Semenanjung.
Justeru, jika tuntutan jawatan Timbalan Perdana Menteri atau Timbalan Pengerusi Barisan Nasional atau jawatan dalam syarikat milik kerajaan (GLC) serta perkhidmatan awam, diajukan kepada kerajaan, yang lebih berhak mendapatkannya adalah bumiputera Sabah dan Sarawak dan bukannya yang lain.
Inilah hakikat politik berunsurkan keadilan yang perlu dikaji dan dinilai dengan serius oleh bukan Melayu. Keadilan bukan bermakna sama rata sama rasa tetapi meletakkan sesuatu pada tempatnya yang betul. Apakah yang dimaksud konsep adil dalam konteks bumiputera Sabah dan Sarawak. Pertama, mereka bukan pendatang.
Kedua, mereka dijemput menyertai Tanah Melayu seterusnya membentuk Malaysia. Ketiga, keadaan di sana masih mundur berbanding Semenanjung. Keempat, kemiskinan tegar di sana masih begitu banyak berbanding dengan Semenanjung dan sebagainya.
Sebenarnya, banyak lagi faktor yang boleh diberikan. Justeru, saya percaya, mesti ada rasionalnya kenapa kalangan pemimpin-pemimpin Melayu masih mahu DEB terus disambung semula dalam versi baru. Mungkin sudah ada kesedaran bahawa, ia perlu dilaksanakan secara lebih telus agar mereka yang benar-benar layak sahaja yang dibantu, bukannya memperkayakan segelintir kroni dan orang tertentu sahaja seperti sebelum ini.
Matlamat DEB adalah untuk merapatkan jurang pendapatan antara Melayu dengan bukan Melayu, dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.
Kita perlu mengambil pengajaran kata-kata seorang pengkaji barat seperti Leon Comber (2007) yang menegaskan, jika semangat DEB diamalkan sejak dulu, tiada kumpulan tertentu yang akan mengalami sebarang kerugian atau berasa diambil sesuatu daripada diri mereka, sudah pasti tiada orang yang akan menentangnya. Tetapi adalah jelas bahawa semua ini banyak bergantung kepada cara bagaimana dasar itu ditafsirkan dan dilaksanakan oleh pihak berkuasa Malaysia. Era selepas DEB dilaksanakan menandakan titik permulaan dalam lipatan sejarah perhubungan Melayu-Cina.
Sementara bagi orang Cina pula, sebaik sahaja DEB diwujudkan, isu ini terus menjadi fokus utama dan perbahasan hangat tanpa kesudahan. Kebanyakan tulisan penyelidik dan cendekiawan Cina (Kua Kia Soong, 1990, Thock Ker Pong, 2005, Ye Lin-Sheng, 2005 dan lain-lain) banyak mengkritik DEB, apatah lagi apabila tempohnya telah tamat. Jarang yang mahu melihat kebaikan yang diperolehi daripada dasar ini, walaupun tidak dinafikan kelemahannya akibat tidak diuruskan dengan jujur ikhlas.
Menurut Faaland (2005: 165-166), daya pendorong umum sikap orang Cina terhadap DEB, seperti dibayangkan oleh parti-parti politik mereka iaitu, DAP, MCA dan Gerakan, adalah amat jelas sekali.
Meskipun ada kelainan dari segi perinciannya, mereka menyokong objektif pembasmian kemiskinan DEB, kerana ini akan turut memberi manfaat kepada orang Cina yang miskin di kawasan-kawasan bandar dan juga luar bandar, khususnya mereka yang tinggal di Kampung-Kampung Baru, di mana terdapat orang Cina yang berada dalam kemiskinan tegar.
Tetapi kebanyakan daripada mereka lebih suka merobohkan objektif penstrukturan semula DEB. Objektif ini dilihat sebagai bersifat diskriminasi dan tidak adil. Malah kekuasaan politik dan hak istimewa orang Melayu dianggap menjadi penyebab kepada penghakisan kepentingan masyarakat Cina (Thock Ker Pong, 2005: 89).
Perlu ditegaskan, DEB memang tidak dapat dipisahkan daripada UMNO. DEB adalah daging UMNO. UMNO dan DEB tidak banyak bezanya. Justeru, memansuhkan DEB samalah seperti memansuhkan UMNO kerana DEB ibarat anak UMNO (Faaland et al, 2005: 184).
Sama juga seperti menghapuskan sekolah Cina seolah-olah mahu menghapuskan orang Cina. Jika DEB anak UMNO, maka Sekolah Cina adalah anak orang Cina. Perjuangan mempertahankan Sekolah Cina adalah hidup mati orang Cina (Lee Boon Kok, temu bual 7 Januari 2007).
Keadaan menjadi semakin rumit apabila sistem pendidikan sebegini terus terbawa-bawa sehingga peringkat institusi pengajian tinggi. Sekolah Cina telah berkembang menjadi Universiti Cina. Penubuhan Universiti Tunku Abdul Rahman (MCA), Kolej Tunku Abdul Rahman (MCA), Kolej New Era (Dong Jiao Zong), Universiti Terbuka Wawasan (Gerakan) dan banyak IPT Cina yang lain.
Mengikut statistik yang saya perolehi, hampir seratus-peratus pelajar di IPT tersebut adalah orang Cina. Ini tidak termasuk Institut Perubatan, Sains dan Teknologi (AIMST) yang dipunyai oleh MIC dan tuntutan yang akan dikemukakan oleh parti-parti politik bumiputera Sabah dan Sarawak.
Benar, saya tidak nafikan bahawa universiti-universiti yang disebutkan tadi, mengamalkan dasar terbuka untuk sesiapa sahaja memasukinya.
Tetapi oleh kerana trade mark itu adalah sebuah universiti Cina, adalah sukar untuk menarik bangsa lain untuk memohonnya.
Justeru, rakyat Malaysia mesti bertindak berasaskan prioriti bukan emosi. Membanding keadaan Malaysia dengan keadaan Obama di Amerika Syarikat adalah sifat ultra kiasu yang mesti dijauhi.
Apa yang penting ialah rakyat Malaysia mesti berfikir berasaskan kepentingan berikut: (i) meletakkan kepentingan nasional di hadapan berbanding kepentingan etnik, (ii) mendahulukan kepentingan negara berbanding kepentingan bangsa, (iii) mengutamakan kepentingan masa depan, berbanding kepentingan masa kini, dan (iv) mengutamakan kepentingan yang berterusan berbanding dengan kepentingan sementara.
Semua kepentingan yang diperjuangkan mesti berpandukan kepada sejarah negara, kontrak sosial dan Perlembagaan Persekutuan yang telah dipersetujui secara bersama, bukannya mengikut emosi dan rasis etnik masing-masing.

Perlukah Contohi AS?

Perlukah contohi AS?
Oleh MOHD. RIDHUAN TEE ABDULLAH

SETELAH mendengar dan membaca dolak-dalih Datuk Tan Lian Hoe yang menyalahkan wartawan (Utusan Malaysia terutamanya) dan orang lain kerana memutar-belitkan kenyataannya sebelum ini, saya terus terpanggil untuk terus menulis. Apatah lagi isu pemilikan ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus (Dasar Ekonomi Baru) masih belum reda setelah berkali-kali ia disarankan oleh MCA, DAP dan Gerakan agar ia dihapuskan.
Terbaru, timbul pula cerita lama yang secara sengaja dibangkitkan semula oleh ketiga-tiga parti politik Cina ini. Mereka mahukan negara kita meniru atau mencontohi trend yang berlaku di Amerika Syarikat (AS) yang memilih Barack Hussein Obama, seorang pemimpin berkulit hitam menjadi Presiden negara tersebut, memecah tembok perkauman antara kulit putih dan kulit hitam selama lebih 200 tahun.
MCA, DAP dan Gerakan mahukan negara kita turut memecah tembok perkauman ini dengan melantik bukan Melayu sebagai ketua negara atau ketua syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) atau kerajaan negeri seperti.
Apa yang saya lihat, kerajaan telah banyak membuka ruang dan peluang sebegini, cuma saya belum melihat respons syarikat-syarikat yang diterajui oleh bukan Melayu membuka ruang dan peluang kepada orang Melayu. Kalau adapun hanyalah sebagai syarat untuk mengaburi mata orang Melayu sahaja atau melariskan perniagaan mereka dalam sektor makanan dan perkhidmatan.
Lebih menyedihkan lagi ada yang tidak diberikan kesempatan masa untuk bersembahyang dan solat Jumaat.
Permainan politik ini membuatkan saya teringat kepada kata-kata bekas Presiden MCA, Tun Tan Cheng Lock yang meluahkan pandangannya terhadap seorang pemimpin Melayu seperti yang dinukilkan oleh teman seangkatannya, Thio Chan Bee. Chan Bee dalam artikel bertajuk The Foundation of Racial Harmony, merakamkan perbualan Cheng Lock dengan seorang pemimpin Melayu ketika MCA hendak ditubuhkan.
"Orang Cina sudah mempunyai kuasa ekonomi manakala orang Melayu mempunyai kuasa politik. Jika orang Cina menolong orang Melayu membantu meningkatkan status ekonominya, sudah pasti orang Melayu akan berkongsi kuasa politik dengan orang Cina.
Jika orang Cina mahu memberikan kerjasama dengan orang Melayu, orang Melayu pasti mengalu-alukan kerjasama itu. Sebaliknya, jika orang Cina bertekad untuk menentang orang Melayu, sudah tentu secara spontan orang Melayu akan membalas tindakan tersebut".
Mendengar sahaja kata-kata itu, Cheng Lock berasa gembira dan mengumumkan penubuhan MCA dengan matlamat utama untuk menggalakkan dan mengekalkan hubungan harmoni antara kaum di Malaya. Asas hubungan kerjasama telah disepakati (Bulletin MCA, The Guardian. Vol 2. June 2006: 5). Dengan tertubuhnya MCA juga, semakin ramai orang Cina tidak dihantar balik ke negeri asal mereka di China.
Inilah bentuk pakatan politik yang dikatakan telah berjaya menyatukan kaum Melayu-Cina ketika itu. Orang Melayu berpegang kepada prinsip more power more say, manakala orang Cina dengan budaya more money more say. Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri pertama, amat optimis dengan formula ini dan pernah meluahkan kata-kata yang sama, let Malay handle the power, the Chinese take care of the business (Comber, 2007). Tunku juga merasakan formula ini akan membawa kejayaan kepada Tanah Melayu dan ia perlu dikekalkan.
Kenyataan ini turut diperakui oleh Comber (2007: xxii) yang memetik kata-kata Tunku Abdul Rahman pada tahun 1969 yang menyebut bahawa "Orang- orang Melayu telah memperolehi kuasa politik untuk diri mereka sendiri. Orang- orang Cina dan India telah memenangi kuasa ekonomi."
Namun, keadaan berlaku sebaliknya. 'Formula' Tunku ini semakin meretakkan hubungan baik antara Cina-Melayu kerana orang Cina tidak mahu mematuhi perkara yang telah dipersetujui itu. Orang-orang Cina lebih terpengaruh dengan kempen Malaysia untuk orang Malaysia atau Malaysian Malaysia yang dipelopori oleh PAP sebelum itu yakni konsep sama rasa dan sama rata. Setelah ekonomi dikuasai, PAP juga mahukan jawatan tertinggi negara turut dibuka kepada mereka, termasuk jawatan Perdana Menteri.
Kebaikan
'Formula' Tunku ini ditentang oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika itu. Dr. Mahathir mengkritik secara terbuka terhadap Tunku Abdul Rahman dengan melabelkan Tunku sebagai Chinese lover. Penguasaan kuasa ekonomi dan kuasa politik mengikut garis kaum ini tidak akan mendatangkan kebaikan kepada kedua-dua belah pihak, malah akan merumitkan lagi keadaan pada masa akan datang.
Hari ini, apa yang nyata, formula ini tidak boleh diterima pakai. Keadaan sudah jauh berubah dan jauh berbeza. Menurut Lee Boon Kok (temubual, 8 Januari 2007), kata-kata biarlah orang Melayu memegang kuasa politik dan orang Cina, memegangkan kuasa ekonomi sudah tidak relevan lagi.
Orang Cina mahu lebih daripada itu. Mereka bukan hanya mahukan kuasa ekonomi, tetapi juga kuasa politik. Dengan adanya kuasa politik, barulah kegiatan ekonomi boleh berkembang dan berjalan dengan lancar.
Orang Cina tidak akan berhenti menuntut dan mendesak selagi tidak wujud konsep sama rata dan sama rasa. Melalui sistem perkongsian kuasa dengan dalam Barisan Nasional (BN), kuasa juga mereka telah perolehi, tetapi mereka terus meminta lebih kuasa.
DAP terus membangkitkan bahawa jawatan Menteri Kewangan, malah jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, perlu dibuka kepada orang Cina. Begitu juga desakan jawatan-jawatan tinggi dalam kerajaan termasuk institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan sektor perkhidmatan awam.
Orang Cina terus mendesak agar jawatan-jawatan ini diberikan kepada mereka selain dibolot daripada orang Melayu. Pendek kata, apa yang dirasai oleh orang Melayu, mesti juga dirasai oleh orang Cina.
Inilah sifat kiasu atau mahu sentiasa menang yang mula bersarang pada generasi hari ini. Sifat kiasu ini adalah baik jika digunakan pada tempatnya yang betul. Tetapi dalam konteks yang berlaku masa kini, sifat ini berlaku dalam keadaan yang amat menakutkan. Sekadar mempunyai kuasa ekonomi tidak cukup, ia mesti disertai dengan kuasa politik, barulah boleh mendapat segala-galanya.
Saya tidak menafikan sumbangan orang Cina terhadap perkembangan ekonomi negara kita. Tanpa orang Cina, Malaysia tidak seperti adanya pada hari ini. Jika dicabut semua bangunan orang Cina di Kuala Lumpur sahaja, kita dapat lihat bagaimana hodohnya wajah Kuala Lumpur seolah-olah seperti berada pada zaman pra-merdeka.
Saya fikir semua orang mengakui bahawa orang Cina telah memberikan sumbangan yang begitu besar terhadap perkembangan dan kegiatan ekonomi negara ini.
Namun, apa yang saya persoal adalah yang melampaui batas seperti kaduk naik junjung atau seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Lihatlah realiti sejarah dan keadaan sebenarnya Malaysia.
Kita perlu ingat, keadaan di AS berlainan dengan keadaan kita. Begitulah juga dengan sejarahnya. Malaysia bukan AS dan AS bukan Malaysia. Mengambil contoh AS, adalah pemikiran ultra kiasu yang bahaya dalam politik di Malaysia. Inilah akibatnya apabila masih ramai warganegara buta sejarah, seperti mana yang disebut oleh Lian Hoe.
Lian Hoe yang tampil mempertahankan diri, mengatakan bahawa mereka yang mempolitikkan ucapannya sebagai buta sejarah dan mempunyai mentaliti kelas ketiga.
Selaku seorang pengkaji, saya terus mencari biodata Lian Hoe untuk melihat kepakaran bidang beliau. Setelah diselidiki maka barulah saya tahu bahawa beliau memiliki ijazah pengajian Melayu daripada Universiti Malaya, pernah menjadi guru dan penolong kanan sekolah sebelum bergiat secara aktif dalam politik. Bermakna beliau bukanlah pakar bidang sejarah.
Sejarah
Seorang pakar adalah mereka yang mengkhusus dalam bidang diceburi dengan mendapat ijazah sarjana dan doktor falsafah. Apatah lagi bidang antara bahasa Melayu dan sejarah agak jauh berbeza. Trend buta sejarah atau sengaja membutakan sejarah mula berleluasa dalam masyarakat bukan Melayu hari ini. Dunia sudah terbalik. Golongan pakar bercakap sesuatu di luar kepakarannya. Manakala yang pakar tidak bercakap tentang kepakarannya. Ini yang disebutkan sebagai pakar atau profesor kangkung. Budaya merujuk pakar sudah tidak berlaku lagi.
Hari ini, semua orang mahu mendapatkan keuntungan politik dan menjadi jaguh, maka bercakaplah mereka walaupun terkeluar daripada bidang mereka. Dengan harapan, mudah-mudahan apa yang dikeluarkan itu dapat menambah undi dan terus memegang kuasa.
Keadaan menjadi semakin buruk apabila ia disokong oleh sistem pendidikan perkauman yang tidak banyak membantu mencelikkan mereka yang buta sejarah.
Apa yang wujud adalah, yang buta sejarah terus menjadi buta. Manakala yang tidak buta, buat-buat buta, sehingga menjadikan kenyataan-kenyataan yang dihamburkan amat pahit untuk diterima oleh mereka yang faham sejarah. Apatah lagi dalam kes Lian Hoe (Gerakan), Low Tiong Lai (MCA) dan Lim Kit Siang (DAP), yang saya fikir sengaja membutakan sejarah.
Semua ini berlaku disebabkan kita gagal melahirkan generasi yang mempunyai semangat nasional yang tinggi. Apa yang ada hari ini ialah rakyat yang mempunyai semangat perkauman yang amat menebal. Ini disebabkan oleh sistem pendidikan perkauman yang terus- menerus dibiarkan terasing daripada arus perdana.
Secara umumnya, terdapat dua jenis kumpulan bukan Melayu di negara ini berasaskan pendidikan perkauman.
Dalam hal ini, saya hanya mengambil contoh kumpulan orang Cina sahaja yang mewakili 26 peratus keseluruhan penduduk, yakni berjumlah 6.5 juta orang, selaku majoriti kedua terbesar.
Kumpulan pertama orang Cina, mewakili 85-90 peratus, berlatar belakangkan perkauman Cina, berpegang kepada tiga rukun, menyertai pertubuhan-pertubuhan Cina, bersekolah Cina dan membaca/mendengar/menonton media Cina. Rata-rata berpendapat bahawa hanya sekolah Cina sahaja yang dapat mengekalkan kecinaan mereka.
Kumpulan ini kebanyakan tidak bergantung kepada kerajaan. Mereka banyak berdikari dengan menjalankan perniagaan persendirian.
Manakala selebihnya mewakili kumpulan kedua, 10-15 peratus, adalah kumpulan yang mendapat pendidikan Inggeris yang tidak mendapat pendidikan Cina. Kebanyakan mereka ada yang beragama Kristian, Cina Peranakan dan menyertai kelab Lions dan Rotary. Kumpulan kedua ini banyak mensosialisasikan diri mereka dengan persekitaran Melayu, berbanding majoriti kumpulan satu hanya mensosialisasikan diri mereka dengan kelompok Cina sahaja.
Melalui kajian yang saya lakukan, kebanyakan di kalangan mereka langsung tidak mempunyai kawan berbangsa Melayu, apatah lagi untuk bergaul antara satu sama lain. Pendek kata majoriti hidup dalam kepompong dan tempurung mereka sahaja.
Proses sosialisasi itu telah berlaku sekian lama dalam kesemua bidang, ekonomi, politik, sosial, media dan sebagainya.
Akibatnya, kita hanya berjaya melahirkan rakyat yang hidup dalam kepompong perkauman, hanya meletakkan kepentingan bangsa atau etnik di hadapan, dengan mengenepikan kepentingan nasional.
Tidakkah sepatutnya dalam sebuah negara berbilang kaum, kepentingan nasional mesti diletakkan di hadapan berbanding dengan kepentingan etnik?