Friday, June 26, 2009

Politik Cina dan Melayu

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kecewa dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa parti Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan sesama Islam demi menegakkan ideologi politik mereka.
Sambil menyuarakan rasa kecewa dengan kegagalan merealisasikan kerajaan perpaduan Pas-UMNO, Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2008 itu berkata, parti yang mendakwa Islam ini bertindak tidak seperti mana DAP yang tidak bergaduh sesama parti Cina lain malah sanggup pula bersatu demi kejayaan kaum sendiri.
1.Politik Cina tidak bergantung kepada politik kepartian. Politik Cina bergantung kepada politik berpersatuan. DAP, Gerakan dan MCA sama sahaja. Satu parti Cina di dalam kerajaan. Dua parti pelbagai kaum DAP dan Gerakan tetapi didominasi oleh orang Cina berada satu dalam kerajaan dan satu dalam pembangkang.
2. Matlamat parti mungkin berbeza tetapi mereka ada titik pertemuan untuk bersatu iaitu ekonomi, pendidikan ,bahasa dan kebudayaan.
3. Mereka lebih kuat bersatu kerana sudah terdidik sebagai kaum pendatang. Mereka selalu diingat-ingatkan bahawa kaum Cina tidak ada pilihan lain untuk hidup kecuali bersatu, bekerjasama, bantu membantu dan bekerja keras untuk menambah kekayaan. Hanya Tanah Melayu yang sudi menerima kewargenaraan mereka termasuk di tolak oleh negara asal mereka.
4. Kedinamikan Kecinaan dan Identiti Orang Cina di Malaysia sentiasa dibangkitkan terutama dalam bidang pendidikan dan status bahasa Cina. Kesedaran orang Cina tentang pentingnya Mandarin dikekalkan sebagai bahasa pengantar di sekolah menjadi kuat selepas pengumuman Laporan Pendidikan Barnes 1951 (Barnes Report of 1951) yangmenafikan pentingnya mempelajari bahasa ibunda dalam sistem pendidikan. Sebab itu sebahagian besar orang Cina turut menolak PPSMI yang dilaksanakan di sekolah-sekolah SRJK(C) sejak 6 tahun yang lalu.
5. Sebelum penentangan PPSMI, Wacana identiti orang Cina dalam perjuangan bahasa Cina, atau Chinese Education Movement, telah membabitkan peristiwa yang membabitkanisu status Bahasa Cina termasuklah cadangan penubuhan Universiti Merdeka pada tahun 1964.
6. Selepas pilihanraya ke 12, Orang Cina bukan sahaja setakat berjuang dalam sektor ekonomi, pendidikan, bahasa dan kebudayaan semata-mata tetapi sudah mula menyemarakkan hasrat mereka untuk menguasai politik dan merebut kuasa. Kelemahan politik Melayu yang sudah berpecah tiga adalah satu kesempatan baik untuk mereka mempunyai kuasa tawar menawar demi kepentingan dan keuntungan terhadap komuniti Cina.
7. Sepanjang 11 bulan Pakatan Rakyat memerintah Perak, DAP telah menggunakan sepenuh kesempatan untuk menguasai pentadbiran Perak di bawah Menteri Besar boneka. Kejayaan DAP mempengaruhi MB Perak dan menguasai exco Perak dalam hal hak milik kekal tanah di kampung baru telah memberi keuntungan berganda kepada penduduk Cina yang terbabit tanpa mengira mereka daripada DAP, MCA atau Gerakan.
8. Saranan dan kenyataan Mufti Perak itu agar orang Melayu mencontohi cara orang Cina berpolitik ada benarnya. Bezanya Mufti Perak menggunakan slogan ' Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh'. Namun Nik Aziz, Hadi Awang dan Anwar Ibrahim mengguna pakai slogan ' Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kawin Lain'.
copy @Amir Hamzah by add

No comments: