Tuesday, December 2, 2008

Ucapan bernas Ahli Parlimen Sri Gading Mempertahankan Orang Melayu.

Saya melihat, seperti baru-baru ini pemimpin MCA sendiri mempertikaikan ketuanan Melayu. Kenapa? Apa dosa orang Melayu yang hendak dipertikaikan kemelayuannya?Ketuanan Melayu bukan bermakna bangsa lain dalam negara ini menjadi hamba.

Tidak!Malahan sebenarnya, ketuanan Melayu itu hanyalah simbol dalam sejarah negara ini yang tidak pula hendak menghina bangsa-bangsa yang lain. MCA kalah teruk dalam pilihan raya bulan Mac 2008 yang baru ini. Apakah kekalahan MCA, maka kekalahan itu hendak disalahkan kepada UMNO?

Betapa UMNO yang menjadi tonggak kepada Barisan Nasional, walaupun MCA kalah, menteri empat orang tetap dilantik. Timbalan Menteri tetap dilantik. Apakah orang Melayu bersifat ketuanan sehinggakan mengetepikan orang Cina? Apa yang orang Cina mahu lagi dalam negara ini? Kekayaan! Segala-galanya telah diberi. Tidak ada rasa pun orang Melayu bahawa dia telah menghina bangsa lain. Tidak. Kenapa?

Kalau parti komponen dalam Barisan Nasional sendiri bersifat biadab sebegitu, diterjemahkan oleh kepimpinan nombor duanya, apa, apa yang kita harapkan? Apa yang kita harapkan? Saya tidak tahulah MCA agaknya, dia mahu agaknya peta politik negara ini hendak berubah. Apakah pemimpin-pemimpin MCA, pemimpinpemimpin GERAKAN, yang mengungkit-ungkit perkauman yang jelas anti kepada Melayu ini hendak kita biarkan.

UMNO satu ketika dahulu, Dato’ Ahmad Ismail membuat sedikit ucapan yang menyinggung. Kita pecat! UMNO pecat! Tetapi MCA, apakah berani memecat kepimpinannya? Apakah GERAKAN berani memecat kepimpinannya? [Tepuk] Kenapa?Kenapa?Kalau orang UMNO silap sedikit, orang MCA, orang Cina melatah, orang lain melatah.

Kalau Gerakan bercakap dengan perkara-perkara yang begitu kenapa tidak ambil tindakan?Saya harap ambil tindakan. Apakah berani kepimpinan MCA mengambil tindakan kepada pucuk pimpinannya yang biadab dan kurang ajar menyentuh tentang ketuanan Melayu ini.

Saya berharaplah kepimpinan Barisan Nasional, UMNO, Ahmad Ismail, ampunkanlah dia balik! Kalau inilah sikap komponen kita yang tidak menunjukkan rasa kesetiaan dalam perpaduan kaum dalam negara ini, kenapa kita hendak menyusahkan orang UMNO yang sedikit membuat kesilapan?

Inilah Tuan Pengerusi, saya kadang-kadang fikir Majlis Rumah Terbuka Malaysia ini dihapuskan. Tidak payahlah! Kalau sudah di peringkat kepimpinan sendiri pun perpaduan tidak wujud, apa yang kita harap kepada orang-orang di bawah kepimpinan kita? Di mana?Di mana Tuan Pengerusi? [Tepuk] [Disampuk]

Di mana hendak kita halakan negara kita kalau semua puak yang tertentu dalam komponen Barisan Nasional bercakap seperti parti pembangkang? [Tepuk] Ini PPP, tak sedar diri. Pasal sedikit, kata nak ugut keluar parti. Saya cadangkan PPP disingkirkan! Get out you daripada Barisan Nasional, sekarang juga! Kita peduli apa.

Kini saya harap Tuan Pengerusi, minta maaflah. Minta maaf, saya bukan hendak menyinggung sesiapa. Akan tetapi saya amat cinta kepada perpaduan negara ini. Kalau masing-masing kita biarkan bercakap ikut sedap mulut, ikut sedap parti, hendak popular dari segi kaum sendiri, menghiris hati orang lain, kita tidak akan sampai ke mana-mana. Ini, apa tindakan? Apa tindakan yang patut dibuat?Saya tak tahulah. Ini, saya minta maaf. Saya minta maaf. Oh, nampak UMNO ini lemah, orang nak buli, betul! Akan tetapi, UMNO lemah pun kerana ada sabotaj daripada rakan-rakan sendiri. Akan tetapi UMNO orang Melayu tidak pernah sabotaj! MCA bertanding dalam kawasan majoriti Melayu, menang!! Dalam kawasan saya, Dewan Negeri Parit Yani, majoriti Melayu saya tentukan, Melayu mesti menyokong MCA punya calon, pasal atas dasar perpaduan.Ini balasan, ini balasan. Kalau sudah kata hendak ketuanan Melayu, tidak payah lantiklah MCA jadi Menteri, Timbalan Menteri. MIC, PPP, tidak ada kerusi menang. Kita lantik dia jadi senator, lantik dia jadi anggota kerajaan. Tak sedarkah ini bagaimana toleratenya UMNO, orang Melayu dalam kepimpinan negara ini untuk menentukan perpaduan kaum yang mewakili kaum-kaum ini dapat duduk bersama-sama.

Jadi ini Tuan Pengerusi, saya haraplah permainan-permainan yang berbahaya ini mesti diberhentikan dengan segera. Mesti diberhentikan dengan segera. Betul UMNO lemah tetapi jangan lupa, dalam Dewan Parlimen ini, bukan Melayu itu UMNO sahaja. Melayu juga dalam PAS.Tiba masanya kalau diperlukan UMNO dan PAS boleh bergabung atas nama bangsa, atas nama agama, jangan lupa. Akan tetapi apakah permainan ini nak kita hidangkan kepada rakyat negara ini, jangan.

Ini UMNO dan PAS ini carik-carik bulu ayam, macam kita kata mencencang air dia tidak akan putus.Memang kita kadang-kadang ada masalah, itu biasa, tapi nanti dari segi kepentingan bangsa dan agama, tidak mustahil.

Dalam politik, tidak ada perkara yang mustahil. Saya nak ingatkan, jadi jangan nak cetuskan api perkauman yang seolah-olah Melayu ini menekan, Melayu ini menghina, Melayu ini begitu, Melayu ini.

Saya nak tanya berapa ramai Melayu boleh beli tanah Cina? Mana ada Melayu beli tanah cina, tapi ratusan ribu hektar tanah orang Melayu, Cina beli. Berapa banyak tanah-tanah perumahan seluruhnya 90% orang Cina beli. Apakah orang Cina masih tidak puas?

Dengan begitu sekali lembutnya orang Melayu yang jadi tunggak kepada negara ini.Saya haraplah, saya nak beri amaran kepada pemimpin-pemimpin MCA, pemimpinpemimpin GERAKAN, tolong berhentikan permainan api ini. Kalau DAP saya tak hairan, DAP saya tak hairan, memang kerja dia dan kalau dia tak kerja itu dia tak dapat sokongan, saya tahu.Akan tetapi parti komponen rakan kita yang selama ini satu kelambu, satu selimut yang kita belai, yang kita bela, sanggup menikam kita. Adakah ini persahabatan? Masa senang engkau peluk aku, masa susah kau nak terajang aku.

Teks ucapan Mohamad Aziz di parlimen.
copyright by add @ Jurublog 11.05pm

3 comments:

Anonymous said...

YB sri Gading memang dari dulu sudah terbukti akan ketegasan dan kepimpinan beliau dalam mempertahankan hak dan maruah orang melayu..
tetapi sayang sampai sekarang tidak dapat jadi menteri.Kalau ditakdirkan tuhan Yb ni jadi menteri insyallah maruah orang melayu tidak akan berani diinjak2 lagi oleh bangsa asing

perfectwater75 said...

Salam Ziarah,

Saya nampak lebih kepada kempen untuk pemilihan UMNO Mac 2009 sahaja kerana umum tahu mana-mana pemimpin yang cuba menjengah masa ini adalah lebih kepada populariti semata-mata. Di Johor sendiri, banyak kawasan majoriti Melayu pun diserahkan bulat-bulat kepada bukan Melayu sedangkan kawasan lain yang bukan majoriti langsung tak diberi atas alasan takkan menang melayu yang jadi calon...

boleh ke dia ni?

thx!

WY said...

kalau yb racist macam gitu jadi menteri, bagus lah...si nazri tu ader kawan sikit.

Sesungguhpun Umno menjadi tonggak kepimpinan Barisan National, nescaya, tanpa parti-parti componen yang lain, kalah juga Parti Umno. Harap2 Umno cepat singkirkan semua parti-parti komponen yang lain...;)

Yang korang orang2 Umno kurang memahami ialah, selain daripada puak2 umno, rakyat malaysia rata tidak memandang berat akan bangsa wakil parlimennya.