Tuesday, February 17, 2009

Ancaman Bunuh???????

PULAU PINANG 16 Feb. – Pemuda Gerakan Bahagian Tanjung hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan Ketua Menteri, Lim Guan Eng bahawa ada khabar angin mengatakan bahawa beliau akan dibunuh.
Laporan polis dibuat oleh Ketua Pemudanya, H’ng Khoon Leng dengan disertai 10 orang ahlinya di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini kira-kira pukul 5.30 petang. Turut serta, Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong.
Beliau berkata, langkah tersebut diambil kerana mahu polis menyiasat dakwaan Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan kerana tidak mahu komen sebegitu mencetuskan kekeliruan dan ketakutan rakyat negeri ini.
‘‘Kami mahu polis menjalankan siasatan lengkap terhadap kenyataan tersebut dan mahu perkara ini dijelaskan kebenarannya,” katanya.

Copy@utusan by add:

Komen saya: Mengapa Pemuda Gerakan membuat laporan polis terhadap Ketua Menteri PP? Apakah tiada Pemuda DAP untuk melakukan kerja tersebut? Sedanagkan kita sudah sedia maklum bahawa Gerakan adalah dibawah BN walaupun sejak akhir-akhir ini Gerakan sudah mirip kepada DAP. Apakah kerana mereka satu kaum? atau inilah permulaan penghakisan sokongan terhadap BN oleh Gerakan. Dalam hal ini siapa untung dan siapa rugi serta kaum manakah yang cerdik dalam berpoliti?????

4 comments:

pisau said...

saya rasa tindakan laporan tu salah satu reverse psychology oleh pihak gerakan..memandangkan ustaz guan eng main politik murahan untuk mendapatkan simpati masyarakat , dorang ni mengambarkan kerajaan BN amat kejam hingga sanggup membuat ancaman bunuh,
sama jugak dengan PAS KEDAH penipu.. kes ADUN yg di katakan mendapat ugutan sampai dia meletak jawatan,walhal Ustaz azizan alpenipu sorok kan hal yang sebenar si adun tu ada skandal hingga sultan kedah murka..

mn said...

1. HAHA...Akhirnya you tanya juga "kaum manakah yang cerdik berpolitik"?

2. Jawapannya kaum macam aku dan KJ la. Itu sebab kalau nak pilih pemimpin kena pilih orang yang cerdik berpolitik.

3. Mukhriz dan Khir Toyo tu tidak cerdik berpolitik.

.@blogger.com said...

Salam,
Terima kasih add lawat blog saya, skrg saya buat lawat balas.
Megat, saya setuju pandangan tuan, saya punya pendapat yang sama tentan g laporan kes bunuh itu. SUKJ, yang cerdik seperti KJ juga akan pendai menipu rakyat, jadi jangan pilih KJ kerana akan jadi merbahaya. SUKJ sebagai pencacai kena cuba jauhi KJ yang cerdik memutar alam.

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

SAPA NOK BUNUH DIA PULOK?

MAIN SEKS SAMA PAKATAN RAKYAT PON TUDUH BN BUAT KONSPIRASI.

TAKUT NOK BUNUH PUAK2 DIA SEBAB NOK BEREBUT KUASA KOT????

tk kerana mari juumpo abe li weiii