Thursday, February 5, 2009

Sumpahan?


MB PERAK (NIZAR) TERKENA SUMPAHAN!
Baginda Sultan Perak hari ini menitahkan agar Dato Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai MB Perak berkuat kuasa dengan serta merta. Maka dengan ini, berakhirlah riwayat pemerintahan Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin. Mengikut para sahabat, inilah padahnya jika seseorang manusia itu yang begitu cepat lupa di mana bumi yang dipijak dan langit yang dijunjungnya. Terlalu angkuh dan sombong, sehingga sanggup mengadai maruah anak bangsa dan agamanya sendiri.Angkara beliaulah, Institusi Istana Negeri Perak tercemar, diselar dan dicabar oleh Pengerusi DAP Karpal Singh. Sekolah-sekolah Tadika KEMAS yang menempatkan anak-anak rakyat yang miskin untuk mendapat pendidikan asas ditutup. Hak milik tanah orang Melayu dipinggirkan dan diberi keutamaan kepada masyarakat Cina di Kampung-Kampung Baru di seluruh Negeri Perak. Sanggup membelakangi Undang-Undang Kanun Tanah Negara yang memboleh pajakan 99 tahun tetapi kerana kesombongan dan keangkuhan Mohammad Nizar ditambahnya 999 tahun. Sekolah agama rakyat yang daif tidak diambil kisah tetapi sekolah Cina pula yang diutamakan.Siapakah yang menguasai Perak selama sepuluh bulan ini? PAS yang hanya mempunyai enam kerusi ataupun DAP yang mempunyai 18 kerusi? Jadi siapakah sebenarnya Mohammad Nizar ini?Kita bukanlah nak main isu perkauman, tetapi kalau orang Cina di Kampung Baru diberi hak memajak tanah sampai 999 tahun, kenapa tidak boleh melibatkan juga tanah-tanah di perkampungan orang Melayu? Begitu juga soal bantuan kewangan kepada sekolah Cina, kita tidak pertingkaikan, tetapi janganlah pula sekolah agama rakyat yang daif di Perak terabai. Apabila orang dah heboh satu dunia barulah nak jengok. Apakah yang patut kita namakan pemimpin Melayu yang seperti ini? Perolehi kuasa kerana bendera parti Islam, tetapi kepimpinannya tidak sedikitpun melambangkan roh Islam. Orang PAS juga ikut kecewa dengan sikap dan tingkah laku Dato Seri Mohammad Nizar, tetapi apakan daya kerana untuk menjaga maruah parti, mereka terpaksa mengunci mulut. Walaupun Lidah terjelir, tekak terasa sakit terpaksa ditelan juga. Inilah balasan Allah kepada manusia yang sombong dan angkuh setelah peroleh kuasa. Sesungguhnya, apa yang berlaku di Perak harus diambil iktibar kepada yang peroleh kuasa, tak kira orang UMNO, PAS atau PKR, kita Melayu dan Islam walau apapun fahaman politik yang dianuti, ingatlah apa saja yang ada pada kita di dunia ini semuanya bersifat semantara. Yang berkuasa dan kekal abadi hanya Allah!Orang UMNO jangan cepat mendabik dada kerana apa yang terjadi di Perak itu amat jarang berlaku dalam sejarah politik negara, ia lebih merupakan satu episod yang berlaku secara kebetulan. Permainan politik tidak sama dengan kehendak dan citarasa rakyat. Para sahabat cukup bersetuju dengan komen Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed yang melihat tindakan BN menerima sokongan bekas dua orang ADUN Parti Keadilan Rakyat yang sedang berhadapan dengan tuduhan rasuah bukan satu idea yang baik.Jika mereka di dapati bersalah, sama ada mau atau tidak, pilihan raya kecil terpaksa di adakan. Apabila pilihan raya berlaku, apakah BN sekarang sudah cukup bersedia untuk menghadapinya? Apakah MCA, GERAKAN, MIC dan PPP sudah mampu untuk berhadapan dengan pengaruh DAP di 18 kerusi ADUN di Perak? Begitu juga dengan kekuatan PKR dan PAS? Jika sekirannya kedua-dua ADUN bebas ini benar-benar didapti tidak bersalah oleh mahkamah, BN juga akan berhadapan dengan masalah iaitu tomohan dan perminan politik pembangkang. Semantara Institusi kehakiman ikut dipolitikkan, terseret dengan fitnah dan prasangka. Kerenah dan hati busuk pembangkang kita semua sudah cukup arif. Mereka tidak peduli siapa, daripada mati lemas dengan sia-sia, belakang buayapun mereka panjat, apabila dah selamat, soal siapa telan siapa, itu bukan lagi menjadi angka wahid.Walau apapun, para sahabat di Titiwangsa cukup yakin dengan kemampuan Dato Seri Najib yang menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, bakal Presiden parti dan Perdana Menteri. Begitu juga dengan anak Bagan Datok, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO. Apa yang kita harapkan, bakal MB Perak yang akan ditentukan sedikit masa lagi, biarlah terdiri daripada tokoh yang benar-benar mempunyai kualiti kepimpinan mesra rakyat. Jangan pula sebelum dapat kuasa bukan mainkan mesra rakyatnya, masuk kampung keluar kampung, bersongkok dan berketayap, tetapi apabila dah ada kuasa bertukar kulit daripada mesra rakyat jadi musuh rakyat!


Copy@titiwangsakini by add

4 comments:

Yb Nasir said...

re:comment di blog saya
(tima kacheh)haha

perfectwater75 said...

Salam,

Yakinlah dengan najib...yakinlah...
Selagi RM ada di tangan selagi itu UMNO kuat...bila tiba masa RM bukan lagi menjadi penentu maka waktu itu baru UMNO tahu kerosakan yang telah dibuat.

Masih sempat untuk mengubah doktrin pemikiran rakyat dan ahli UMNO sendiri..

Usah berpura2 UMNO bersih...

berubahlah seperti idealisme asal UMNO 1946 bukannya idealisme 1987

thx!

add said...

PW 75,
Apakah dalam PAS tiada rasuah? dalam PKR tiada rasuah? apakah politik wang menjadi satu agenda penting kepada PAS dalam UMNO?Apakah pemberian wang kepada pengundi luar dari negeri dipondok pas itu bukan rasuah? apakah itu dinamakan sedekah?adakah layak penerima "wang ehsan" dari pondok pas dikategorikan sedekah?

singamaraja said...

Salam Bang

Bila UMNO dah rosak maka deme mulalah merompak bang !