Wednesday, April 8, 2009

Rakyat Perlu Di Hukum...

Rakyat telah menghukum BN/UMNO di 2 PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Calon BN telah ditolak. Rakyat masih tidak mahu menerima karajaan yang dipimpin oleh UMNO dalamBN.Di Bukit Gantang, rakyat menolak UMNO manakala di Buklit Selambau rakyat menolak MIC. Apa pun alasan yang diberikan, hakikatnya adalah rakyat masih menolak BN.

Apakah yang masih tidak kena pada BN/Kerajaan sehingga rakyat menghukum keranaan sedemikian rupa?Kita melihat bahawa UMNO telah sedaya-upaya berubah. Kerajaan pun telah cuba berubah. Besar pengorbanan yang telah kerajaan lakukan untuk merealisasikan perubahan ini - Pak Lah rela berundur untuk memberikan laluan kepada DS Najib, tetapi kenapa rakyat masih belumn menerima ini?UMNO dah berubah, Kerajaan dah berubah tetapi bilakan rakyat ingin berubah? Apakah rakyat hanya meminta untuk berubah sedangkan mereka sendiri enggan berubah? Apakah ini wajar?

Kepada Kerajaan dibawah PM baru DS Najib, saya mencadangkan supaya rakyat juga dihukum kerana keenganan mereka berubah. Apakah wajar jika UMNO/Kerajaan tidak berubah rakyat boleh menghukum sedangkan apabila rakyat enggan berubah mereka tidak boleh dihukum?Kepada DS Najib saya mencadangkan supaya beliau menumpukan perhatian dan pembangunan kepada dimana rakyat menyokong kerajaan dan memulaukan rakyat yang tidak menyokong kerajaan. Inilah hukuman yang sewajarnya mereka terima.

Berikanlah bantuan kepada rakyat yang telah mengundi dan menyokong kerajaan dengan apacara sekalipun kerana mereka memang wajar menerima ini dan abaikan pada mereka yang menentang.Para pelajar yang menentang kerajaan jangan diberikan biasiswa atau ditarik balik, para pekerja kerajaan yang terang-terang menentang kerajaan dan menyokong pembangkang harus juga dipecat, rakyat yang memohon segala jenis bantuan, subsidi dan sebagainya harus juga ditapis dengan teliti dan pastikan hanya yang menyokong kerajaan saja yang akan mendapat manafaat nya.Kalau selama ini rakyat boleh menghukum kerajaan, kenapa kerajaaan tidak boleh menghukum rakyat pula? Dan memang wajar jika segala pembangunan hanya diberikan kepada penyokong kerajaan selaras dengan sokongan yang mereka berikan dan memang juga wajar jika pembangkang kerajaan disisihkan dari segala segi pembangunan dan bantuan sesuai dengan apa yang mereka lakukan kepada kerajaan.

Mulai dari hari ini, rakyat yang inginkan apa saja bantuan hendaklah memohon dari wakil rakyat yang mereka pilih itu kerana itu adalah pilihan dan kehendak mereka. Supaya mereka kelak akan mengerti dan lebih menghargai apa yang kerajaaan telah berikan kepada mereka.

copy @beranikan hati by add

3 comments:

Parpu Kari said...

TAKPE, KALAH TAPI SOKONGAN MELAYU BERTAMBAH, GOOD INDICATION! LETS HELP THE MALAYS!

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum tuan.

Amat tepat cadangan tuan tersebut.

Perlu apa menyuap mulut yang tidak tahu bersyukur atau sedar akan diri diuntung?

Peribahasa Melayu :' Orang berbudi ; kita berbahasa'.

Ini sudah masuk kes diberikan madu dibalas tuba!

Kena ajar sikit baru ada akai!

Sutera Timur said...

Sebenarnya kerajaan sebelum ini tidur kerana negeri kalah berbelas-belas tahun seperti Kelantan kononnya masih hendak dibela dan terhegeh-hegeh nak bawa pembangunan ,tapi ditolak mentah-mentah oleh rakyatnya.Apa nak dicari disana biar rakyatnya sendiri berusaha untuk membaiki diri mereka.Tapi malgnya tak semenmena negeri yg kaya, seperti PERAK,PENANG,KEDAH DAN SELANGOR TIBA-TIBA TERLEPAS KETANGAN PEMBGKG ATAS KELALAIAN PEMIMPINNYA.....BILA NEGERI KALAH DIBERI PERHATIAN ...DRP NEGERI MENG...TENTULAH MEREKA JUGA NAK KALAH KRN AKAN DAPAT PERHATIAN LEBIH KERAJAAN PUSAT....KAN TEORI GILA ...TU YG PUSAT AMALKAN...BIARKAN NEGERI-NEGERI KALAH NI RASA AURA KEKALAHAN ...TAPI JANGAN BIARKAN NEGERI MENANG DIPINGGIRKAN DAN DINAFIKAN AURA KEMENANGAN MEREKA . MEREKA MESTI MENIKMATI APA YG MEREKA PERJUANGKAN ...ITU BARULAH BETUL....DAN MEREKA DAPAT MENIKMATI APA YG MEREKA PERCAYAI ...DALAM PERJUANGAN YG MEREKA YAKINI SELAMA INI.......