Monday, April 27, 2009

HAPRAKAH???

Jika dibaca dan dihalusi setiap keluaran Harakah kebanyakan berita yang dimuatkan adalah mengenai UMNO dan BN. Cerita yang memperburuk-burukkan pimpinan UMNO dan BN. Pada hal sebagai lidah rasmi PAS, Harakah sewajarnyalah banyak memuatkan berita-berita berkaitan Mesyuarat Tahunan PAS yang sedang berlangsung sekarang ini.
Utusan Malaysia yang dianggap sebagai akhbar UMNO pula tidak sedemikian. Semasa persidangan agung UMNO berita rasuah politik kerap ditonjolkan hinggalah UMNO dibenci yang dipaparkan oleh Utusan Malaysia. Harakah tidak seperti Utusan Malaysia. Harakah jauh lebih baik dalam memperburukkan pemimpin UMNO dan BN. Harakah juga lebih baik dalam memuji -muji dan memuja-muja kepimpinan PAS. Tiada satu pun kecacatan dan kelemahan didedahkan oleh Harakah. Walaupun ada sekelompok perwakilan bertindak keluar dari Mesyuarat Agung Tahunan PAS semalam tetapi cerita sedemikian diharam terbitkan. Ada perebutan yang sengit dalam pemilihan pucuk kepimpinan PAS tetapi kisah itu tersimpan dalam ingatan mereka semata-mata. Haram diterbitkan oleh Harakah cerita-cerita yang boleh menjejaskan nama baik Parti Islam SeMalaysia.
Lihat dan bacalah setiap keluaran akhbar Harakah. Hanya 10 - 20% berita yang memuatkan hal kepimpinan PAS dan 80 - 90% pula memuatkan cerita memperburukkan kepimpinan UMNO dan BN. Harakah adalah media utama PAS yang sebenarnya mampu menggugatkan pengaruh UMNO dan BN. Lidah rasmi PAS yang tiada pantang larang dan tidak ambil kisah dengan dosa pahala.

Copy@ Pak Tam & edited by add

4 comments:

Tok Pambu said...

Tak guna pun pencacai2 UMNO ni buat bising. UMNO akan tetap tumbang pada PRU13 nanti.

Sekarang sudah nampak nyata pemimpin UMNO cuba ambil hati kaum bukan melayu - seperti lupuskan DEB dan undang2 bagi bukan islam yang memeluk agama islam.

Kami bukan bodoh dengan mudah termakan 'umpan murahan' UMNO ini. Sebaliknya ianya sudah menimbul kan kemarahan dari kaum melayu/islam pula terhadap UMNO.

Kesian UMNO, nampak nya apa yang dibuat jadi serba tak kena.

Sebenarnya UMNO sudah TIDAK boleh berbuat apa2 untuk kembalikan sokongan kaum cina dan india terhadap UMNO.

Di nasihatkan kepada pencacai2 UMNO supaya jangan buang masa untuk kutuk Pakatan Rakyat. Tumpukan masa untuk perbaiki kerosakan dalam UMNO.

YB TS Muhyiddin Yassin TPM telah memberi amaran bahawa UMNO cuma ada masa dua tahun sahaja untuk di pulihkan.

Malangnya UMNO nampak bertambah parah di buat oleh pencacai2 blogers ini.

Anonymous said...

Seriously i agree with u Add.. :) dorang ni kalau bab2 nak fitnah pemimpin2 parti2 lain serah kat dorang jer.. ya, sebagai lidah rasmi PAS .. sepatutnya banyak menceritakan tentang kebaikan parti mereka dan tak perlu la saban hari nak memburukkan parti BN .. Pemimpin mereka semuanya ulamak2 yang berpengetahuan tinggi dalam agama tetapi kalau begini result interview yang mereka berikan, memang mereka boleh dilabelkan sebagai pemimpin yang berselindung disebalik pakaian jubah dan bagainya.. HIPOKRIT!

NALAPAMBU..
- pencacai ke ape ke katakan saja.. nak berpolitik bukan begitu caranya .. apa yang add katakan ini adalah benar.. setiap hari HARAKAH memaparkan cerita yang memburukkan pemimpin BN/UMNO .. Bukankah baik sesebuah parti cuba memenangi semula hati rakyat? dan bukankah itu yang parti kamu cuba lakukan pada dahulu bergelar sebagai PEMBANGKANG? Dah lupe daratan ke? .. lagi kesian dengan PAS, hudud la .. apa la.. takde gak .. setiap kali pilihanraya asek tu jer cerita.. ape kes? tandus idea? Yang sebenarnya tak kira menang atau kalah, asalkan tak hipokrit macam korang dah cukup... berselindung disebalik pakaian yang konon2nya "terrer" tapi padahal mulut pun busuk macam bangkai~ ape cite? haaa~

dan malang sekali.. blogger2 LANGSUNG TIDAK SUKE AKAN KEHADIRAN blogger politik macam kamu.. membuatkan kami blogger yang nuetral merasakan blog sudah tercemar dengan kehadiran kamu! SOH! Pegi jauh2.. nak berpolitik sile guna bahan lain! dasar parti terdesak ke nak hasut rakyat guna blog? .. simpati la sangat dengan kamu ..

Awis Qarni said...

Salam.. tumpang lalu.. saya nk komen sikit.. sbg org yg dilahirkan di kalangan keluarga UMNO Johor yg mana pemimpin2 UMNO kt sini bagus2, saya mmg akui bahawa HARAKAH mmg sgt bias.. mmg sgt tak matang adakalanya... tiada berita lain melainkan cerita2 yg dapat dibau fitnahnya...

namun, saya tetap xdapat nafikan bhw kebanyakan media cetak dan massa yg bias gak menyokong kerajaan dan mengutuk pembangkang..

apa yg saya harap ialah pemikiran matang bagi semua org.. biarlah maklumat diberi secara adil kepada semua rakyat supaya mereka dapat menilai..

Islam itu adil.. Hidup UMNO Johor!!

lakov said...

Salam..saya sebenarnya hairan.Mengapa Surat khabar seperti Utusan Melayu dan Metro tidak menyiarkan berita tentang kelulusan perjudian FIFA tidak lama lagi.Tidak tercatat walaupun sebaris.Saya juga yakin anda jugak sudah tahu perkara ni.