Friday, April 10, 2009

Siapa terkorban?

-Yang terkorban seorang diri ialah UMNO. Bilangan menterinya dikurangkan seramai 4 orang (17%); daripada 23 kepada 19 orang.

-Mengapa, atas semangat setiakawan, pengorbanan ini tidak dikongsi bersama antara UMNO dan MCA? Misalnya, UMNO berkorban 3 kerusi dan MCA berkorban 1 kerusi? After all, kaum Cina tidak rugi apa-apa sebab yang dapat faedah daripada pengorbanan MCA itu ialah pemimpin CINA dari Gerakan.

-Nampaknya kaum Cina tidak ada semangat setiakawan. Mereka tidak sedia bertolak ansur walau seinci pun. Sedangkan Melayu, nampaknya sejak dahulu hingga sekarang, terus bermurah hati dan mudah beralah:

Negeri Melayu ternama indah
Orangnya baik laku peramah
Dibawa berunding mereka mudah
Terhadap pendatang hati pemurah.

Persoalannya ialah adakah mereka menghargai sikap tolak ansur Melayu / UMNO ini dengan kembali menyokong BN? Atau mereka tak pernah rasa cukup dan syukur? Malah, jika berpeluang, mereka mungkin gigit lagi tangan UMNO? Inilah kebimbangan yang dirasakan oleh ramai ahli UMNO / Melayu yang dituduh pula mengamalkan dasar Apartheid.

copy@ hidup tuah by add

2 comments:

UMNO Cawangan Gombak Selatan said...

terima kasih add di atas komen anda. kami akan linkkan blog anda ke blog kami.
semoga kita lebih berinteraksi lagi.

Umno Cawangan Gombak Selatan

Atuk Banjar Masin said...

Kaum cina telah mengkhainati UMNO/melayu pada PRU12 yang lepas.

Kaum cina dari parti MCA dan Gerakan di P Pinang semua telah menyokong DAP. P Pinang telah terlepas ketangan DAP - 1000 tahun lagi pun BN tidak akan dapat menawan kembali P Pinang dari DAP.

Di negeri Perak, semua Parti DAP yang bertanding DUN menang 100% kerana sokongan kaum cina dari MCA dan Gerakan juga.

Di lain2 negeri PAS dan PKR menang banyak kerusi kerana sokongan dari cina MCA dan Gerakan juga.

Sepatut nya kerajaan jangan bagi sebarang jawatan Menteri kepada bangsa pengkhainat ini.